Monday, June 27, 2011

"Jadilah!" Lalu jadilah ia.

Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak (untuk menciptakan) sesuatu, maka (cukuplah) Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia.

Wednesday, June 22, 2011

Kegembiraan

Sabda Nabi saw:Amal yg plg dicintai Allah ta'ala adalah: kegembiraan yg engkau serapkan ke dalam hati seorang saudara Islam mu atau engkau memecahkan kebuntuan mslh yg dia sedang hadapi atau engkau membayarkan hutangnya atau engkau menghilangkan rasa laparnya

Tanggungjawab

Berikan 3 tanggungjawab suami kepada isteri?
1. Menghormati isteri
2. Mencintai isteri
3. Pemimpin, Pendidik kepada Isteri

Berikan 3 tanggungjawab isteri kepada suami?
1. Menjaga rahsia suami
2. Menghormati suami
3. Menjaga harta Suami

INSYAALLAH

‎"INSYAALLAH" bukan bermaksud berniat untuk tidak menepati janji dan tidak menunaikan amanah tetapi lebih kepada satu bentuk MoU (Memorandum of Understanding) kita dengan manusia secara langsung dan terhadap Allah swt. secara tidak langsung.

seorang lelaki tak akan sama dengan lelaki..

"seorang lelaki tak akan sama dengan lelaki yang lain kerana mereka yakin untuk menentukan dan memilih jalan sendiri, tetapi seorang wanita banyak yang sama hidupnya dengan wanita yang lain sebab mereka suka meniru."

Percaya kepada qada dan qadar...

Percaya kepada qada dan qadar adalah Rukun Iman keenam. Ia mempercayai bahawa segala yang berlaku, selepas seseorang berusaha, adalah ketentuan Allah semata-mata.

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul.

Satu hari seorang sahabat datang berjumpa Rasul. Apabila baginda bertanya bagaimana kamu datang, beliau menjawab, menaiki unta. Nabi tanya; di mana unta kamu, beliau menjawab saya biarkan tanpa diikat sebab saya bertawakal kepada Allah. Nabi berkata; ikat unta kamu dulu dan barulah bertawakal.

Cemburu

DEFINISI cemburu menurut kamus adalah ketakutan berpindahnya rasa kasih sayang terhadap orang lain, atau ketidakpercayaan akan kesetiaan orang yang dicintai, seperti suami, isteri atau kekasih. Kecemburuan juga boleh wujud dalam persahabatan atau antara adik-beradik seperti kakak dengan adik kandungnya. Cemburu dapat dikesan apabila seseorang itu mempunyai perasaan terhadap orang yang dicemburuinya. Oleh itu seringkali kita mendengar orang berkata ‘cemburu tandanya sayang’ yang seolah-olah menggambarkan bahawa cemburu adalah satu standard untuk menilai kasih sayang sesuatu pasangan. Mungkin ini ada benarnya kerana jika kita tidak sayang pada seseorang mengapa mesti kita merasa cemburu terhadapnya. Sesungguhnya sifat cemburu adalah naluri manusia yang amat sukar untuk dibendung. Lantaran ia adalah disebabkan oleh sikap ‘possesive’ seseorang terhadap pasangannya. Di mana dalam dirinya ada satu pengakuan jelas (tetapi tidak secara langsung) bahawa pasangannya itu hanya untuk dirinya sahaja dan tidak boleh sama sekali diambil atau dikongsi dengan orang lain. Namun begitu sifat terlampau cemburu yang mencapai tahap ‘cemburu buta’ amat tidak digalakkan kerana ia boleh menggugat hubungan sesebuah rumahtangga begitu juga ketiadaan langsung sifat cemburu pula sebenarnya boleh membawa akibat buruk kerana ia boleh menjadi punca pasangan ‘mudah dikebas orang’. Dengan itu terdapat dua jenis cemburu iaitu cemburu yang positif dan cemburu yang negatif. Bila berbicara tentang cemburu juga, ramai menuding jari mengaitkannya dengan kaum hawa di mana mereka beranggapan bahawa kaum wanita ini sangat kuat cemburunya. Dalam soal ini, sebenarnya sama ada lelaki mahupun wanita masing-masing mempunyai sifat cemburu. Cuma yang membezakannya ialah tahap cemburu tersebut dan sejauh manakah perasaan cemburu itu berjaya dikawal. Dalam hubungan suami isteri, sifat cemburu wajib dikawal. Jika tidak klimaksnya nanti boleh membawa kepada putusnya sesuatu ikatan perkahwinan itu (bercerai). Dalam hal ini rasa cemburu acapkali membuatkan seseorang berubah menjadi orang yang selalu curiga dan sentiasa berprasangka buruk. Hakikatnya dia sedar bahawa sikap cemburunya itu kurang menyenangkan pasangannya tetapi dia tidak mampu mengawalnya. Dia merasakan bahawa apa yang dilakukan semuanya betul dan sentiasa ingin tahu apa yang dilakukan oleh pasangannya hatta perkara yang kecil sekalipun sehingga mencetuskan pertengkaran demi pertengkaran yang menggugat kemesraan yang terjalin sebelumnya. Oleh itu untuk menyelamatkan keadaan, seseorang itu apabila dapat melihat tanda-tanda awal cemburu pada pasangannya, hendaklah bertindak segera agar tidak merebak.

CINTA TERLUKA BAHAGIA MENDATANG


  Juraidah berdiri lama-lama di muka tingkap.  Matanya tajam merenung dedaun kelapa gading yang sedang meliuk lintuk ditiup angin pagi.  Dia teringatkan kenangan manisnya sewaktu dia masih bersama dengan orang yang amat di sayanginya kerana segala isihatinya telah diluahkan kepada orang itu.

    Seketul keluhan terpancul dari rongga mulutnya yang  tipis dengan salutan warna merah muda.  Pandangannya masih berkisar di ruang taman yang diujudkan oleh suaminya sekarang.

    Sebentar kemudian dia mengalihkan mukanya kearah lain mendongak ke atas melihat gerakan awan yang menghiasi dada langit di pagi yang bersih di hari itu.

    Sekuntum senyuman kelat menghiasi wajahnya yang masih kelihatan berseri dalam usianya yang makin meningkat mengejar masa yang hanya tinggal tidak beberapa waktu lagi.  Senyumannya masih membunga bila sorotan matanya menjunam ke arah rimbunan bebunga yang sedang kembang mekar di taman hiasan rumahnya.

    Ah!   Beberapa kenangan tiba-tiba menghantui layar fikirannya yang tidak begitu banyak menyimpan data-data kehidupan hariannya.  Hanya beberapa kenangan yang benar-benar mengusik jiwanya hanya yang dapat tersimpan dan terpamer kembali bila ianya terusik.  Seringkali di mengeluh bila tiba saja hatinya berasa kesepian dan kepiluan.

    “Kenapa dengan diri Az malam ni…..?   Lain macam saja Ida lihat Az.   Mungkin ada sesuatu yang menyebabkan Az bosan dengan Ida tak?”   Tanya Juraidah dengan menghadiahkan sebuah senyuman manis buat Azhar,  kekasih yang sering dirinduinya bila malam tiba.

    “Tidak ada apa-apa,”   ujar Azhar lembut.  Tangannya mesra memegang jejari Juraidah.

    “Jangan Az cuba membohongi diri Ida.  Katakan apa yang terbuku dihati.  Ida lebih senang kalau Az berterus terang.  Faham?”  juraidah cuba mengusik.  Dia ketawa kecil.  Juraidah berasa aman sekali bila berada disamping orang tersayang.

    “Entahlah Ida.  Az rasa takut untuk berbicara terus terang denganmu, sayang.”  Azhar memegang dagu Juraidah dengan penuh kemanjaan.  Matanya sayu merenung wajah Juraidah.   Nantilah di satu waktu yang lain akan Az katakan dengan jujur.”  Sambungnya lagi.

    “Tidak mahu.  Malam ini juga Ida mahukan jawabannya.  Ida tidak mahu tunggu lain waktu.  Biarlah malam ini ianya menjadi bukti kepada segala-galanya.  Biar puas hati ini,”  kata Juraidah separuh meninggi suaranya.

    “Baiklah.  Kalau Ida hendak juga mengetahuinya,  jangan pula Ida terkejut dengan apa yang akan Az sampaikan,”  Azhar menarik nafas panjang seolah mengeluhkan sebuah keluhan yang amat berat mencengkam perasaannya.

    “Iya. Ida sanggup mendengarnya.  Walau sepahit manapun, Ida akan akur dengan apa yang akan  Az ucapkan. Ida tidak akan kecewa dan berkecil hati,”  ujar Juraidah yang masih tidak mahu berenggang dengan Azhar.

    “Sebenarnya…..sebenarnya…..Ah!  Lain kali sajalah Az katakan,”   Azhar cuba mengalihkan keadaan yang mungkin akan menimbulkan berbagai masalah yang dia sendiri pun tidak mahu menerimanya.

    “Terpulang.”

    “Jangan macam tuuu…..!   Bukannya Az tidak mahu tapi tidak pada malam ini,”  pujuk Azhar lembut.  

    Angin malam datang menemani mereka berdua yang sedang asyik dilamun masalah.  Masalah percintaan yang entah bila akan tamat dan menemui jalan  terakhir.  Ya,  jalan perkahwinan yang seringkali di mimpi-mimpikan oleh setiap pasangan yang bercinta.   Mereka tidak menolak pelawaan angin yang mengajak bercanda dengan erti kata kelembutan dan kesyahduan sebuah kerinduan.

    “Kita pulang saja,”  ajak Azhar.  Dia bangun dari tempat duduknya.  Tangannya menarik tangan Juraidah agar turut sama bangun dan meninggalkan tempat itu.  Juraidah patuh.

    Juraidah pulang ditemani Azhar sehingga ke pintu pagar rumahnya.  Dalam perjalanan yang penuh dengan kesepian membuatkan Juraidah tidak berkata apa pun.  Begitu juga dengan Azhar.  Bahkan mereka berdua hanya mampu berdiam diri sahaja.  Tidak ada tutur bicara yang dapat menenangkan perasaan mereka yang sedang berkelodak dengan masalah yang baru saja dihadapi pada malam pertemuan yang tidak dirancang terlebih dahulu.

    “Baiklah Ida, Az pulang dulu dan besok saja Az putuskan,”  kata Azhar sebelum meninggalkan Juraidah di pintu pagar.  Dia melepaskan kepulangan Juraidah dengan sebuah perasaan yang amat berat.  Tetapi dia terpaksa berbuat begitu kerana Juraidah masih belum miliknya yang sah.

    “Tidak usah jumpa pun tidak apa.  Untuk apa kalau bertemu tapi tidak tahu erti dengan pertemuan itu,” ujar Juraidah bagaikan merajuk.

    “Janganlah Ida sakiti hati Az ,” ujar Azhar sayu.

    “Okay …. Selamat malam. Jumpa lagi.”

     Juraidah terus melangkah meninggalkan Azhar terkulat-kulat seorang diri memerhatikan lenggok Juraidah yang makin hampir kerumahnya. Akhirnya Azhar memusingkan badannya dan menngninggalkan rumah Juraidah dengan perasaan tidak tenang. Hatinya tersayat dengan tindakan Juraidah itu.

    Hari-hari terus meniti waktunya.  Alam sekeliling makin sibuk dengan tugas yang dipikul dan diterajui dengan senang hati kepada mereka yang tidak perlu memikirkan masaalah kehidupan yang berliku-liku ini.  Apa yang  penting bagi mereka ialah secukup yang mampu mengisi perut agar tidak kosong dan seteguk air agar tidak kehausan.  Sudah cukup sekadar itu.

    Tetapi tidak dengan Juraidah yang terus juga melangkah titian waktu membendung kehidupannya yang lain kian mencapai ketahap yang sukar dimengertikan oleh sesiapa saja.  Kerana masih ramai dari teman-temannya yang belum lagi mengenali siapakah yang bernama Juraidah.   Mereka hanya kenal Juraidah dari luar sahaja tetapi tidak cuba menyelami kehidupan Juraidah yang sebenarnya.  Apakah mungkin mampu mereka berbuat begitu.

    Dan pertanyaan-pertanyaan sering bersarang di kepala mereka-mereka yang cuba menghimpit Juraidah setelah mereka tahu yang Juraidah kini berada di alam kesepian yang teramat sangat kerana ditinggalkan oleh Azhar yang juga kini entah kemana tanpa sebarang berita.

Namun begitu Juraidah tetap tabah dan berani menempuhi kehidupan ini.  Bahkan dia sanggup dan rela menerima sebarang penghinaan dari keluarga Azhar yang dulunya terlalu dia hormati.  Dan sehingga kini pun dia masih menghormati keluarga Azhar walau bayang-bayang Azhar langsung tidak kelihatan.  Azhar yang kini sedang merantau di tampat orang untuk meneruskan citi-citanya.

          Kenangan demi kenangan terus menghantui fikirannya yang semakin  sempit dengan masalah yang sedang  dia hadapi sekarang.  Wajah Azhar kini bermain ligat di layar fikirannya.

    “Az,  Ida izinkan Az pergi asalkan Az bahagia.  Biarkan Ida menanggung segala penderitaan ini.  Tapi percayalah, Az lah orang yang pertama Ida sayangi sepenuh hati Ida.  Tidak ada sesiapa lagi yang dapat menceroboh kasih Ida.  Percayalah, sayang,”  kata Juraidah di satu pertemuan yang terakhir sewaktu Azhar akan meninggalkannya tanpa sebarang sebab yang jelas.

    “Ida, maafkan Az kerana Az juga tidak dapat meneruskan percintaan kita ini.  Bukanya Az tetapi…..  Ah!  Nantilah disatu ketika nanti akan ku beritahu juga padamu Ida,”  ujar Azhar sayu.  Mahu saja dia memeluk Juraidah tetapi janjinya yang dipegang sewaktu mereka bertemu pada pertemuan kali pertama di mana Juraidah hanya akan menyerahkan jasadnya kepada seorang saja iaitu lelaki yang akan menjadi suaminya.

    “Tidak usah Az ceritakan segalanya.  Mungkin Ida akan tahu dengan sendiri nanti.  Apa yang penting,  Ida mahu Az bahagia.  Ida juga berkeinginan kebahagiaan dan ketenangan.  Entah sempat atau tidak Ida bersama dengan Az.  Hanya Takdir saja yang akan menentukan nasib kita,”  kata Juraidah penuh kelembutan dan kemesraan yang jarang sekali dia dapat menikmatinya.  Tetapi tidak pada pertemuan kali itu.  Dia berasa tenang dan bebas meluahkan apa saja yang terbuku dihatinya.

    “Ida.  Andai kata Az masih sempat bersamamu akan Az tunaikan segala janji-janji kita itu.  Tapi untuk kali ini, Az minta maaf kerana Az tidak mampu.  Usahlah Ida dendami  Az.  Mengertilah dengan apa yang telah tersurat.  Dan bukannya ini yang aku mahukan.  Ah!……. Entahlah Ida.  Aku…..aku terlalu menyintaimu …….tapi …..entahlah !”  Azhar bagaikan tidak mengerti lagi dengan keadaan yang menimpa dirinya.   Dia benar-benar menyayangi Juraidah tetapi dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana bukan kehendaknya.  Dia terpaksa patuh dan hormat kepada keputusan kedua orang tuanya.

    “Tapi Ida juga tidak dapat menjanjikan kebenaran.  Seandainya Ida tidak sempat menunggu Az, janganlah Ida di persalahkan.  Bukan permintaan Ida.  Dan mengertilah Az, bahawa untuk sehingga ini Ida akan mengasihi Az walaupun kita tidak pasti akan bersama lagi. Maafkan Ida,”  kata Juraidah dalam deraian air mata yang turun membasahi pipinya bagaikan air yang turun dari dada langit yang terbendung sekian lama.
 .
    “Cukuplah untuk hari ini.  Lain waktu kalau kita masih ada peluangnya kita akan bertemu semula.”

    Azhar melangkah dan terus melangkah meninggalkan Juraidah seorang diri menemani angin petang yang bertiup menyapa kedinginan cinta seorang kekasih yang telah lara dengan percintaannya.

    Akhirnya Juraidah tidak juga sempat menanti kehadiran Azhar.  Dia tidak sanggup menunggu lebih lama kerana Azhar sekeping berita pun tidak diutuskan kepadanya.   Dia terpaksa mengambil jalannya sendiri demi kebahagian di hari depan yang dipadu bersama dengan seorang lelaki yang  kini bergelar suami.

    Kenangan demi kenangan terlayar kembali namun begitu kasih dan cintanya terhadap suaminya,  Kamarul tidak luntur walaupun kasih percintaannya untuk kali kedua amat trajis dan membangkitkan keadaan keluarganya dan juga keluarga Kamarul,  namun dia bahagia walaupun dia hanya sekadar isteri kedua kepada Kamarul.

    Dia masih ingat lagi bagaimana dia bertemu dengan  Kamarul di satu  ketika.  Waktu itu Kamarul dan beberapa orang temannya datang ketempat dia tinggal untuk mengadakan satu lawatan dan dari situlah dai berkenalan dengan Kamarul.  Walaupun dia juga tahu yang Kamarul sudah berpunya dan punyai anak,  tapi mungkin sudah suratan Takdir maka dia menerima juga kehadiran Kamarul di dalam kehidupannya.  Bahkan dia bertambah bahagia walau bermadu.

    “Abang.  Ida akan sempurnakan tanggung jawab Ida sebagai isteri yang sejati.  Hanya yang Ida minta janganlah persia-siakan hidup Ida.  Ida tidak kisah walau Ida isteri abang yang kadua.  Tetapi berlaku adillah pada kami,”  kata Juraidah satu malam yang dingin sewaktu didalam pelukan Kamarul.

    “Tapi…… sanggupkah Ida menerima kehadiran anak-anak abang bersama isteri yang pertama itu?   Abang tidak mahu zuriat abang diperlakukan sewenang-wenangnya.  Ida mengerti maksud abang?”   Ujar Kamarul dengan kesungguhan. Didakapnya kemas-kemas tubuh isterinya dengan penuh kemesraan.  Betapa sayangnya dia kepada si isteri muda.   Dan dia akan cuba berlaku adil terhadap kedua-duanya.

    “Kita sama-sama mendidik mereka dengan jalan yang baik dan di redha Allah.  Kita  sama-sama menyayangi mereka walaupun mereka bukan lahir dari perut Ida.  Tapi kan mereka  juga anak abang.  Apa salahnya Ida cuba menaburkan kasih sayang Ida kepada mereka sebagai ibu,”  terang juraidah dengan penuh rasa keikhlasan.

    Malam terus hanyut menuju ke fajar yang tidak lama lagi akan terbit dan memulakan sebuah kehidupan yang baru pula.  Kehidupan yang dinanti-nantikan oleh setiap makhluk di muka bumi Tuhan ini.

    “Oh,  Tuhan.  Kau ampunkanlah aku sekiranya aku masih dan sentiasa dalam berdosa.  Aku tidak mampu meneruskan hidup ini tanpa keizinan dariMu.  Aku juga tidak mampu untuk menjadi seorang hamba Mu yang dapat mentaati segala perintah dari Kitab Mu seandainya tanpa keizinan suamiku,”  doa Juraidah di dalam hati yang mula merasakan kesyahduan  yang menambat jiwanya.

    Juraidah masih juga tidak dapat melelapkan matanya walaupun disisinya terlentang sekujur tubuh.  Tubuh badan Kamarul suami yang menjadi rebutan antaranya dengan isteri pertama Kamarul.

    Setelah penat berdiri di muka tingkap,  akhirnya Juraidah memusingkan badannya dan beralih ke sudut ruang tamu rumahnya yang dihias rapi dengan jambangan bunga tersusun indah di dalam bekas-bekas yang dibelinya dari tempat-tempat yang pernah dia dan Kamarul lawati.

    Mentari pagi terus berlari menuju ke arah waktu menjelang tengah hari yang telah menjadi satu kebiasaan dalam jadual perjalanan orbit ciptaan Tuhan Yang Maha Kuasa lagi Maha Pencipta.

Kunci kebahagiaan yang paling murah ...

"Kunci kebahagiaan yang paling murah menurut para ulama dan cendikiawan adalah menjauhi hal-hal yang tidak berguna dalam hidup. Orang yang paling bernilai di mata orang berilmu adalah yang mengasihi dan dikasihi orang lain"

Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan...

Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan. Mereka tidak mengalah. Setiap kali jatuh, setiap kali juga mereka bangun semula dan terus gigih bertatih untuk lebih mantap berjalan. Biarpun banyak kali jatuh, banyak kali juga mereka perlu bangun.


Kunci kejayaan mereka ialah bukan sedalam mana mereka jatuh, tapi sekuat mana kemampuan mereka melantun dan berdiri semula pada kedudukan lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Allah sudah menyatakan dalam Al-Quran betapa nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya.

Empat Perkara

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)
perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan
kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).