Ujian Pegawai Teknologi Maklumat F41

/ Monday, April 30, 2012 /
Alhamdullilah. Baru selesai aku menduduki ujian PHP, MySQL dan CakePHP kat Putrajaya tadi. Mula-mula melangkah masuk dalam dewan ujian tu rasa santai lak aku. Tak tau kenapa, mungkin dah biasa dah kot. Hehehe.

Yang tak syoknya, ramai-ramai orang yang datang, semua bawa buku rujukan sendiri. Aku saja yang tak bawa apa-apa. Hahaha. Pen pun pinjam dengan pengawas ujian. Teruk betoi. Hahaha.

Ujian ni yang datang lebih kurang 20 orang dan hanya 4 orang saja lelaki.
Apa yang syoknya, aku orang pertama keluar dan habis 15 minit awal. Hahaha. Semua dalam 14 helaian jawapan aku.

InsyaAllah. Ada rezeki..ada la tu. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

DIY Pengecas Telefon Di Yamaha 135LC Ku.

/ Sunday, April 29, 2012 /


Dah lama aku nak buat projek ni. Lepas ja bangun pagi tadi. Bosan yang amat melanda diri. Aku saja-saja la nak jejalan ke pasar lambak di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Balik ja dari situ, alang-alang dah keluar. Aku terus ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Lembah syurga bagi pengemar barangan elektronik dan elektrik. Apa lagi, setiap kedai aku masuk nak cari barang-barang nak buat projek pengecas telefon di motor aku. Maklum la, penunggan motosikal tegar. Hahahah. Berikut barang dan harga yang aku dapat. Tak tahu la murah atau mahal.

Pengecas plug rokok = RM7
Fius dan bekas fius = RM2
Wayar 2 x 2 Meter = RM4
Jumlah. = RM12

Balik ja rumah. Kerja-kerja dimulakan. Projek ni tak rumit sangat pun. Mudah ja. Sambungan wayar merah (+ve) terus di tarik dari punca (+ve) positif bateri, makala wayar hijau ( saja ambil hijau..hahah) di tarik dari punca (-ve) negatif bateri. Tak pun boleh ja sambung ke badan motor punca wayar hijau tu (-ve). Lepas tu pandai-pandai la selit wayar-wayar tu dalam celah-celah coverset. Pada mulanya aku nak pasang soket pengeas tu sebelah kunci dalam bakul. Di sebabkan peralatan nak tebuk lubang tak ada. Aku pasang didalam kotak GIVI. Jadi lubang kena tebuk sikit. Sikit ja...tak banyak. Memang air takkan masuknya lah. Salah satu sebab aku pilih nak letak dalam kotak GIVI ni adalah sebab keselamatan. Kalau letak dalam bakul depan, kan tak pasai-pasai kena ragut lak telefon aku...hehehe

Dan jangan lupa, komponen keselamatan paling penting, iaitu fius. Dalam projek ni, aku guna fius 15 amp. Orang kata guna 25 amp. Tapi untuk keselamatan aku saja guna 15 amp punya. Kalau asyik putus ja, baru tukar yang lebih tinggi. Kena hati-hati, sebab bateri 12V tu kadang-kadang akan naik Volt nya kepada 13V ~ 14V ketika engin tengah hidup. (Ada kawan uji guna volt meter di Yamaha 135LC beliau) Kira tak stabil la. Macam kereta juga, sebab tu ada orang pasang volt stabilizer. Dengan adanya fuis ni InsyaAllah tak akan merosakkan peralatan elektronik aku. Untuk penambahan, kalau guna traveler chager USB yang original, selalunya dalam tu ada fuis juga. Jadi dwi-keselamatan la...hehehe

Kalau ada masa lagi...aku nak buat lagi satu bahagian depan tepi kunci lak...untuk pengecas GPS dan naik taraf sikit buat suis. Kalau takdak suis bahaya juga. Kan litar pintas...hancus!! Akhir sekali....nampak tak berapa kemas...tapi aku akan perkemaskanya kalau ada masa.....

Sekian..

Wassalam. ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Konvoi Motosikal Ke Cameron Highland

/ /
Fuh. Baru sampai ni. Penat pun tak habis lagi. Terus taip nak kemas kini blog. Hehehe. Trip kali ni yang ikut Aku, Sazili, Hidayat dan bini dia. Nak dijadikan cerita...dalam pukul 8.00pagi depa dah sampai. Aku pulak yang lambat. Hahaha. Dalam pukul 8.30pagi tayar motor kami mula bertolak. Lebih kurang dalam pukul 1.30petang juga la kami sampai Tanah Rata.

Sampai ja Tanah Rata, kami singgah di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian, Mardi. Tiket masuk RM3 bagi dewasa dan RM1.50 bagi pelajar dan kanak-kanak. Hehehe. Aku biasa la, guna kad pelajar dapat RM1.50. Hahaha. Syok juga jalan dalam ni. Macam-macam ada. (Bagi yang pandai menilai la.)

Lepas tu..makan dan membeli belah kat Brinchang. Hahah. Aku cuma beli bantal je. :).Dalam pukul 5.30petang. Kami turun balik ke KL melalui jalan bawah. Tapah - Teluk Intan - Sungai Besar - Kuala Selangor - Klang - KL.

Sekiann...mengantuk wooo!! Tidoq dulu.. Semekom!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sarung Tangan Rempit Baru

/ Thursday, April 26, 2012 /
Tadi tengah hari, waktu makan tengah hari. Sempat lagi aku dengan Hidayat pergi ke Kompleks Campbell, Jalan Dang Wangi. ( Kompleks beli belah tertua di KL ). Niat memang nak cari sarung tangan buat merempit ke Tanah Tinggi Cameron. Ehehehe. Syok woo!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Malam Pendekar @ Stadium Bola Sepak Cheras.

/ /
Hari ni aku pergi menjadi penonton perhimpunan pendekar di stadium bola sepak cheras. Dekat dengan Tasik Permaisuri. Ramai juga la. Rasa-rasa 20 biji bas juga la yang hadir tadi. Pelbagai persatuan hadir. Antaranya Silat Cekak Malaysia, Silat Lincah, Gayung Malaysia, Gayung Fatani dan lain-lain lagi.

Acara ni di rasmi kan oleh Perdana Menteri Malaysia, YB Najib Abdul Razak. Pastu PM dapat anugerah Laksamana apa ntah. Aku dah lupa. Maklum la..perhatian aku tertumpu pada demo-demo dan aksi pesilat di padang. Hehehe.

P/S: Tengok gambar yang terakhir. Sambil lepak-lepak tepi tangga. terjumpa buku komik sapa punya letak kat situ. Adi wira baru? Heheh.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Hari Melangut Saja @ PayPal

/ Wednesday, April 25, 2012 /
Hari ni seharian aku melepak ja kat pejabat sebab tiada kerja. Kerja aku habiskan masa di pantry baca surat khabar Utusan Malaysia sambil minum milo. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Borang Permohonan RAE

/ Tuesday, April 24, 2012 /
Tadi sambil-sambil melayari internet mencari info berkaitan radio amatur. Terjumpa SKMM dah buka permohonan menduduki peperiksaan radio amatur (RAE) bagi tahun 2012 penggal 1. Sesi pertama ni akan di jalankan serentak di 5 kawasan pada 27 jun 2012 pada jam 2petang. Tarikh tutup pendaftaran pada 11 mei 2012. Bayaran untuk menduduki peperiksaan ini ialah RM50.

Aku tunggu gaji masuk ja ni. Baru boleh pohon. Hahaha. ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Berkerja di eBay @ Malaysia

/ Monday, April 23, 2012 /

Hari ni, hari pertama aku kerja kat PayPal @ eBay sebagai staff yang resmi. Memang syok kerja sini. Sebab santai habis. Hehehe.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

TaMatlah Riwayat Kamera Aku.

/ Sunday, April 22, 2012 /

Tamatlah riwayat kisah kamera Panasonic DMC-FS5 aku ni. Skrin LCD dia pecah sebab terjatuh dari box GIVI motor aku masa aku nak keluarkan baju hujan. Tak perasan dan terlupa pulak kamera aku ada dicelah baju hujan tu. :(

Kamera ni aku dah guna hampur 4 tahun dah. Banyak kenangan aku dengan kamera ni. Walaupun aku beli murah ja. Dah la ni aku beli demo unit. Heheh. InsyaAllah kalau ada duit lebih aku nak beli baru. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Jacket baru @ RM10 ja!

/ Saturday, April 21, 2012 /

Masa balik dari Bentong - Raub - Bukit Freser - Kuala Kubu Baru - Rawang - KL dari Sungai Perting. Sempat lagi singgah kedai baju beli jacket. Dayat dan bini dia sempat juga ambil seorang sehelai jaket. Maklum la....perjalanan seterusnya kami minggu depan nak ke Cameron Highland. Heheheh ;)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Riadah ke Sungai Perting @ Lata Hammer di Bentong, Pahang.

/ /
Umpama motocross lak motor Yamaha 135LC aku jadinya. Semua ni gara-gara salah jalan laa. Masuk jalan yang tak siap lagi.Apa-apa pun pengalaman yang menarik.

Curam lak....dah la badan ni muatan lebih. Kena lak menuruni lereng-lerang yang curam......heheh!

Port melepak baru..


Sambil panggang ayam, sempat lagi aku masak meggie. hahaha

Yahoo!! ayam percik!! ...nyam..nyam.

sosej yang sedang menunggu giliran selepas ayam percik masak.

Meggie panas!! 

Selapas aku rikie line beberapa hari lepas. Jadi pagi tadi aku dengan 3 orang rakan aku pi nak berBBQ di Lata Hammer. Dah lama tak buat aktiviti yang memenatkan ni. Dah semput woo.. Hahah. Apa-apa pun. Ni sedikit gambar untuk tatapan... :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yamaha Kapchai Jadi Motocross @ Lata Hammer, Bentong

/ Thursday, April 19, 2012 /

Takda kerja punya pasal. Tadi lepas balik ja kerja. Saja-saja nak pergi ushar tempat yang nak buat trekking hari sabtu ni. Jarak perjalanan dari Pekan Bentong hanyalah dalam 13KM dan jarak dari jalan besar ke Kem Perting dalam 2.5KM. Jalan nak sampai tu memanglah teruk. Rasa macam naik motocross lak. Kalau naik kereta memang sangkut la. Lain la 4x4. Heheh. Tak sabar lak nak trekking sabtu ni. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Ijazah Tamat PSSCM 2001

/ /
Tak tau pasai apa. Rajin pulak aku malam ni. Saja dok pi kemaih kotak gambaq lama-lama ni. Terjumpa pulak gambaq ni. Fuh!! Memang tak sangka pulak ada lagi gambaq ni. Ingatkan hilang pi mana dah. Ni ja lah satu-satunya gambaq aku dengan Arwah Pak Ak dan Arwah Mak Tam ( dok tungkat dagu kat belakang nuuuhh ) yang dalam simpanan aku. Maklum la..waktu tu kalau ada kamera pakai kotak pun dah kira hebat dah. Lagi-lagi aku masa tu budak sekolah lagi. Hehehe. Rasanya ni aku ambil dari tuan empunya kamera sebab ada muka aku. Hak cipta terpelihara. Hahahah.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Yamaha 135LC dan Duit....

/ Wednesday, April 18, 2012 /
Alahai..banyak betul duit nak pakai bulan depan. Tak dapat lagi duit gaji dah terasa duit tu dah habis. Macam-macam nak kena bayar. Boleh pulak roadtax dengan insuran motor mati bulan yang sama aku nak guna duit banyak. Pastu kena bayar habis lak tu loan motor. Parah wei..parahhh!!!..

Isu PTPTN vs. Budak Belemoih

/ Tuesday, April 17, 2012 /
Sejak kebelakangan ni. Banyak pula aku dengar dan terbaca pasal isu geng yang mengutuk dan menghina PTPTN.

Bercerita PTPTN ni. Teringat aku dulu masa lepas habis SPM. Bukan nak belagak la..keputusan SPM aku memang cemerlang dan terbaik la. Hahahah. Ditakdirkan dengan usaha keras aku. Alhamdullilah aku cuma dapat 2 kredit saja. Hahahaha.

Sebab keputusan aku memang tak ada mana-mana universiti nak ambil aku. Keluarga aku pada masa tu ambil keputusan suruh apply mana-mana kolej swasta. Pilih punya pilih..salah satu kolej swasta di ibu kota jadi pilihan. Pada hari pendaftaran, baru kami (aku dan keluargaku) dapat tahu. Syarat untuk ambil diploma kenalah minimum 3 kredit. Jadi terpaksalah ambil sijil dulu.

Masaalahnya, kalau ambil sijil. Kena bayar sendiri. PTPN tak boleh bagi pinjaman bagi yang ambil sijil. Manala keluarga aku mampu nak bayar. Jadi balik la kami ke kampung. Naluri seorang ibu yang mahu anaknya yg pemalas ni berjaya macam orang lain ( Terima Kasih Mak!!) gagah melangkah naik Bank Islam kat Alor Setar nak tanya pasal pinjaman. Setelah bincang punya bincang. Faedahnya dan bulanan nak kena bayar tu memang tinggi dah tak mampu la kami sekelurga ni. Hahaha.

Sebab nak juga sambung belajar, ambil juga la sijil tu kat kolej tu dengan yuran bayar sendiri. Bayar pun kalau ada duit la....dan asyik berhutang ja. Hahahah. Terasa macam nak berhenti juga.

Alhamdullilah... Kira bernasib baik juga la..kolej tu turunkan syarat diploma jadi 2 kredit sahaja. Jadi cepat-cepat la aku pindah kredit dan ambil diploma. Jadi dapatlah aku pohon pinjaman PTPN dan habiskan Diploma aku dan kini aku ada Ijazah.

Moral dari cerita ini. Kenalah belajar pandai-pandai kalau nak senang. Kalau dah cukup pandai silap-silap boleh dapat biasiswa dan tak payah bayar..hahaha. Tapi dah belajar tak pandai ini jadinya. Hahahaha.. Tapi kalau tak ada PTPTN, orang macam aku macam mana??

Kata Dr. Mahathir: "Melayu mudah lupa"... Tapi kata aku "Budak Belemoih tak penah lupa".

Cik Aza mandi bunga

/ Wednesday, April 4, 2012 /

Pagi-pagi tadi, memang aku dah agak. Mesti banyak bunga-bunga cinta mekar berguguran atas cik aza pagi ni. Sebab angin kuat semalam. Kat kawasan tu banyak pokok-pokok yang jenis berbunga. Mandi bunga la semalam..untuk kecantikan dan keayuan.. Hahahah.
 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger