Skip to main content

DIY Pengecas Telefon Di Yamaha 135LC Ku.



Dah lama aku nak buat projek ni. Lepas ja bangun pagi tadi. Bosan yang amat melanda diri. Aku saja-saja la nak jejalan ke pasar lambak di Amcorp Mall, Petaling Jaya. Balik ja dari situ, alang-alang dah keluar. Aku terus ke Jalan Pasar, Kuala Lumpur. Lembah syurga bagi pengemar barangan elektronik dan elektrik. Apa lagi, setiap kedai aku masuk nak cari barang-barang nak buat projek pengecas telefon di motor aku. Maklum la, penunggan motosikal tegar. Hahahah. Berikut barang dan harga yang aku dapat. Tak tahu la murah atau mahal.

Pengecas plug rokok = RM7
Fius dan bekas fius = RM2
Wayar 2 x 2 Meter = RM4
Jumlah. = RM12

Balik ja rumah. Kerja-kerja dimulakan. Projek ni tak rumit sangat pun. Mudah ja. Sambungan wayar merah (+ve) terus di tarik dari punca (+ve) positif bateri, makala wayar hijau ( saja ambil hijau..hahah) di tarik dari punca (-ve) negatif bateri. Tak pun boleh ja sambung ke badan motor punca wayar hijau tu (-ve). Lepas tu pandai-pandai la selit wayar-wayar tu dalam celah-celah coverset. Pada mulanya aku nak pasang soket pengeas tu sebelah kunci dalam bakul. Di sebabkan peralatan nak tebuk lubang tak ada. Aku pasang didalam kotak GIVI. Jadi lubang kena tebuk sikit. Sikit ja...tak banyak. Memang air takkan masuknya lah. Salah satu sebab aku pilih nak letak dalam kotak GIVI ni adalah sebab keselamatan. Kalau letak dalam bakul depan, kan tak pasai-pasai kena ragut lak telefon aku...hehehe

Dan jangan lupa, komponen keselamatan paling penting, iaitu fius. Dalam projek ni, aku guna fius 15 amp. Orang kata guna 25 amp. Tapi untuk keselamatan aku saja guna 15 amp punya. Kalau asyik putus ja, baru tukar yang lebih tinggi. Kena hati-hati, sebab bateri 12V tu kadang-kadang akan naik Volt nya kepada 13V ~ 14V ketika engin tengah hidup. (Ada kawan uji guna volt meter di Yamaha 135LC beliau) Kira tak stabil la. Macam kereta juga, sebab tu ada orang pasang volt stabilizer. Dengan adanya fuis ni InsyaAllah tak akan merosakkan peralatan elektronik aku. Untuk penambahan, kalau guna traveler chager USB yang original, selalunya dalam tu ada fuis juga. Jadi dwi-keselamatan la...hehehe

Kalau ada masa lagi...aku nak buat lagi satu bahagian depan tepi kunci lak...untuk pengecas GPS dan naik taraf sikit buat suis. Kalau takdak suis bahaya juga. Kan litar pintas...hancus!! Akhir sekali....nampak tak berapa kemas...tapi aku akan perkemaskanya kalau ada masa.....

Sekian..

Wassalam. ;)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Comments

  1. thanks bro..aku pon nga cari cara nk wt cas fon ni..akhirnya jupe gak..

    ReplyDelete
  2. tak jadi masaalah. Kalau nak letak pencucuh di depan, elok sangat la pasang switch. kan orang datang leh charge hanset free je lak....lepas tu kalau boleh cari charger rokok jenis ada penutup waterproof. Ada orang panggil submerge cigarette socket.

    ReplyDelete
  3. salam bro...nk tny cas tu xde masalah ke pada telefon?..

    ReplyDelete
  4. Wasalam bro...xdak masaalah so far. Sebab adaptor carger tu ada fius jgk. Aku dh pakai sampai sekarang..pastikan adaptor yg ori la bro. Sbb ori pasti ada fius. Tapi hati2 wat wayar tu...balut kemas2...

    ReplyDelete
  5. Untuk pengetahuan bro...sya banyak pakai powerbank skrg...stop bermalam baru charge. Tp xrugi kalau ada. Leh charge gps.

    ReplyDelete
  6. asalamualaikum,, bro apakah litar yg diguna pakai untuk projek ini

    ReplyDelete
  7. waalaikummusalam...dari bateri ke socket rokok tu direct ja..pastikan -/+ dia betul....elektronik kat kepala soket usb charger kereta tu ja...

    kalau bro pakai motor injection...saya xgalakkan pakai..nanti kacau elektrok EFI tu..

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

Minyak enjin jenis diesel untuk Yamaha 135LC.

Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.Nasihat aku...kalau nak …

Perbezaan DVVT, VVT-i, VTEC dan i-DSI

The main change between Perodua Viva and it's predecessors (Perodua Kelisa and Perodua Kancil) would be their engines. Then it came the term of DVVT, and Perodua claiming their 1.3l DVVT saves fuel and provide power as same as normal 1.5l engines.

Let us get back to the basics, DVVT or it's full name Daihatsu Valve Variable Timing is based (copycat) on Daihatsu mother company Toyota engine, which is VVT-i (Variable Valve Timing - intelligence). We believe that DVVT is just VVT-i's engine brand name for Daihatsu cars.

DVVT and VVT-i is based by Yamaha's YPVS (Yamaha Power Valve System). Yamaha was bought over by Toyota for it's YPVS because Toyota afraid of losing to Mitsubishi's MIVEC and Honda's Vtec. Yamaha has been provinding Toyota and Daihatsu engines since.

DVVT and VVT-i engines are always put together to be compared with V-tec (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control System), i-DSI (intelligent Dual and Sequential Ignition) that is develop…

Bahagian 1 : Motor Sesuai Untuk Perjalanan Lebih Jauh.

Sebenarnya baru 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia ride jejauh ni. Dari pengalaman, pengamatan dan sembang-sembang dengan rider lain. Aku dapat membuat sedikit rumusan dalam pemilihan motor untuk perjalanan jauh ni.

Saja aku nak cerita motor mampu milik ja untuk orang macam aku ni. Maklum la gaji kecik. Kalau gaji besar takda la masaalah sangat. Jadi takpayah nak cerita la. Heheh. Pada padangan aku, motor yang paling sesuai untuk ride jauh ialah motor jenis dari 4 lejang (4 stroke) seperti Yamaha 135LC, Suzuki Belang, Honda Dash, Modenas Ace, Yamaha 150fzi dan seangkatanya. Sebab utama kenapa motor 4 lejang?.

Sebab, motor 4 lejang lebih menjimatkan minyak berbanding motor jenis 2 lejang seperti Yamaha RXZ dan Kawasaki Kips RR. Kalau 2 lejang perlu minyak 2T sama dan tidak kepada 4 lejang. Kalau untuk perjalanan dalam Malaysia tak menjadi masaalah sebab minyak di Malaysia murah lagi. Kalau dibanding minyak di Thailand jauh lebih mahal. Sekali isi minyak di Thailand RM13-15 wooo..…