Isu PTPTN vs. Budak Belemoih

/ Tuesday, April 17, 2012 /
Sejak kebelakangan ni. Banyak pula aku dengar dan terbaca pasal isu geng yang mengutuk dan menghina PTPTN.

Bercerita PTPTN ni. Teringat aku dulu masa lepas habis SPM. Bukan nak belagak la..keputusan SPM aku memang cemerlang dan terbaik la. Hahahah. Ditakdirkan dengan usaha keras aku. Alhamdullilah aku cuma dapat 2 kredit saja. Hahahaha.

Sebab keputusan aku memang tak ada mana-mana universiti nak ambil aku. Keluarga aku pada masa tu ambil keputusan suruh apply mana-mana kolej swasta. Pilih punya pilih..salah satu kolej swasta di ibu kota jadi pilihan. Pada hari pendaftaran, baru kami (aku dan keluargaku) dapat tahu. Syarat untuk ambil diploma kenalah minimum 3 kredit. Jadi terpaksalah ambil sijil dulu.

Masaalahnya, kalau ambil sijil. Kena bayar sendiri. PTPN tak boleh bagi pinjaman bagi yang ambil sijil. Manala keluarga aku mampu nak bayar. Jadi balik la kami ke kampung. Naluri seorang ibu yang mahu anaknya yg pemalas ni berjaya macam orang lain ( Terima Kasih Mak!!) gagah melangkah naik Bank Islam kat Alor Setar nak tanya pasal pinjaman. Setelah bincang punya bincang. Faedahnya dan bulanan nak kena bayar tu memang tinggi dah tak mampu la kami sekelurga ni. Hahaha.

Sebab nak juga sambung belajar, ambil juga la sijil tu kat kolej tu dengan yuran bayar sendiri. Bayar pun kalau ada duit la....dan asyik berhutang ja. Hahahah. Terasa macam nak berhenti juga.

Alhamdullilah... Kira bernasib baik juga la..kolej tu turunkan syarat diploma jadi 2 kredit sahaja. Jadi cepat-cepat la aku pindah kredit dan ambil diploma. Jadi dapatlah aku pohon pinjaman PTPN dan habiskan Diploma aku dan kini aku ada Ijazah.

Moral dari cerita ini. Kenalah belajar pandai-pandai kalau nak senang. Kalau dah cukup pandai silap-silap boleh dapat biasiswa dan tak payah bayar..hahaha. Tapi dah belajar tak pandai ini jadinya. Hahahaha.. Tapi kalau tak ada PTPTN, orang macam aku macam mana??

Kata Dr. Mahathir: "Melayu mudah lupa"... Tapi kata aku "Budak Belemoih tak penah lupa".

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger