Konvoi Motosikal Ke Cameron Highland

/ Sunday, April 29, 2012 /
Fuh. Baru sampai ni. Penat pun tak habis lagi. Terus taip nak kemas kini blog. Hehehe. Trip kali ni yang ikut Aku, Sazili, Hidayat dan bini dia. Nak dijadikan cerita...dalam pukul 8.00pagi depa dah sampai. Aku pulak yang lambat. Hahaha. Dalam pukul 8.30pagi tayar motor kami mula bertolak. Lebih kurang dalam pukul 1.30petang juga la kami sampai Tanah Rata.

Sampai ja Tanah Rata, kami singgah di Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian, Mardi. Tiket masuk RM3 bagi dewasa dan RM1.50 bagi pelajar dan kanak-kanak. Hehehe. Aku biasa la, guna kad pelajar dapat RM1.50. Hahaha. Syok juga jalan dalam ni. Macam-macam ada. (Bagi yang pandai menilai la.)

Lepas tu..makan dan membeli belah kat Brinchang. Hahah. Aku cuma beli bantal je. :).Dalam pukul 5.30petang. Kami turun balik ke KL melalui jalan bawah. Tapah - Teluk Intan - Sungai Besar - Kuala Selangor - Klang - KL.

Sekiann...mengantuk wooo!! Tidoq dulu.. Semekom!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger