Sunday, May 27, 2012

Hari Belia Negara 2012

Tadi aku saja pi jalan-jalan kat sana. Syok juga. Sampai melecet juga la kaki aku. Hehehe. Ni antara gambar yang dan aku tangkap. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, May 24, 2012

Kenduri Kahwin Linda & Zam

Antara gambar masa kenduri kahwin linda dengan zam.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Friday, May 11, 2012

Hari Yang Memenatkan @ PayPal

Aduuhh..perit betul la hari ni. Boleh pulak kena sorang-sorang buka semua komputer dalam bilik ni. Bukan sebilik, tapi 2 bilik. Yang setiap bilik ada 18 CPU dan 36 Monitor. Bilik pertama tu ada juga pembantu boleh tolong-tolong angkat letak tepi. Lagi satu kena buat sorang.

Penat laa..tak berbaloi laaaa... :(

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 8, 2012

Bahagian 1 : Motor Sesuai Untuk Perjalanan Lebih Jauh.

Sebenarnya baru 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia ride jejauh ni. Dari pengalaman, pengamatan dan sembang-sembang dengan rider lain. Aku dapat membuat sedikit rumusan dalam pemilihan motor untuk perjalanan jauh ni.

Saja aku nak cerita motor mampu milik ja untuk orang macam aku ni. Maklum la gaji kecik. Kalau gaji besar takda la masaalah sangat. Jadi takpayah nak cerita la. Heheh. Pada padangan aku, motor yang paling sesuai untuk ride jauh ialah motor jenis dari 4 lejang (4 stroke) seperti Yamaha 135LC, Suzuki Belang, Honda Dash, Modenas Ace, Yamaha 150fzi dan seangkatanya. Sebab utama kenapa motor 4 lejang?.

Sebab, motor 4 lejang lebih menjimatkan minyak berbanding motor jenis 2 lejang seperti Yamaha RXZ dan Kawasaki Kips RR. Kalau 2 lejang perlu minyak 2T sama dan tidak kepada 4 lejang. Kalau untuk perjalanan dalam Malaysia tak menjadi masaalah sebab minyak di Malaysia murah lagi. Kalau dibanding minyak di Thailand jauh lebih mahal. Sekali isi minyak di Thailand RM13-15 wooo...bagi penuh tangki LC aku. Hahaha. Koyakk!!!. Kalau dari segi penyelengaraan enjin 2 lejang lebih mudah dan senang.

Selain dari segi faktor 4 lejang. Faktor lain ialah jenis besar atau kecil motor tersebut. Kalau selalu jejalan Thailand dan sampai ke China. Pada pendapat aku, biarlah guna motor kecil atau serdeharna kecil seperti kapchai, Yamaha FZi atau sebagainya. Antara sebabnya jika ada masaalah seperti motor jem, atau rosak. Nak baik pulih takda la sengsara sangat macam superbike. Bagi motor seperti Yamaha 135LC, kalau di tempat-tempat ni banyak alat ganti. Sebab sana pun ada model ni. Cuma nama ja berbeza.

Bersambung ke bahagian 2:-

Small bikes long Rides

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, May 7, 2012

Servis Yamaha 135LC Aku

Hari ni, lepas balik kerja ja. Aku singgah kedai motor apek kat Sri Gombak ni. Kena juga tukar minyak engine sebab dah rasanya masuk 3 bulan kot aku tak tukar minyak hitam. Dah la hari tu dengan selumber ja aku pergi Cameron Highland tanpa tukar minyak hitam baru. HaHahaah.

Untuk kali ini, dengan sengaja aku cuma guna minyak 4T Shell AX5, jenis minyak mineral premium ja. Jadi la tu sebab jejalan pergi kerja ja. Ingat masa nak jejalan Kuantan - K.Terengganu - Kota Bahru - Bentong nanti baru tukar mahal jenis sintetik sepenuhnya. InsyaAllah. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

iPhone Syarikat Dari PayPal

Hari ni aku terima telefon iPhone syarikat dari rakan sekerja. Baru guna beberapa jam telefon ni. Dah habis hilang data. Hahahha. Pengalaman selama beberapa jam guna telefon ni. Aku rumuskan sebagai tak berapa menarik sangat. Tak tau la apa yang orang tergila-gila dengan telefon ni. Apa-apa pun, aku tetap suka dengan telefon BlackBerry. Mudah dan senang. :)


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tuesday, May 1, 2012

Pendaftaran Ujian Radio Amatur (RAE)

Ok!! Siap!! Heheh. Baru je selesai buat pendaftaran ujian radio amatur. Kena mula baca buku ni. :)

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Tukar Rantai Sambil Tengok Motor Sazili.

Tadi petang aku tukar rantai motor jenis SSS satu set dengan harga RM38.
Terpaksalah tukar sebab spoket dah cukup tajam dan rantai pun dah lain macam dah. Heheheh. Baru nak bertahan sampai bulan depan.

Sambil-sambil tengok pomen dok godek-godek motor Yamaha RXZ sazili. Masyyuuukkkk!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.