Bahagian 1 : Motor Sesuai Untuk Perjalanan Lebih Jauh.

/ Tuesday, May 8, 2012 /
Sebenarnya baru 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia ride jejauh ni. Dari pengalaman, pengamatan dan sembang-sembang dengan rider lain. Aku dapat membuat sedikit rumusan dalam pemilihan motor untuk perjalanan jauh ni.

Saja aku nak cerita motor mampu milik ja untuk orang macam aku ni. Maklum la gaji kecik. Kalau gaji besar takda la masaalah sangat. Jadi takpayah nak cerita la. Heheh. Pada padangan aku, motor yang paling sesuai untuk ride jauh ialah motor jenis dari 4 lejang (4 stroke) seperti Yamaha 135LC, Suzuki Belang, Honda Dash, Modenas Ace, Yamaha 150fzi dan seangkatanya. Sebab utama kenapa motor 4 lejang?.

Sebab, motor 4 lejang lebih menjimatkan minyak berbanding motor jenis 2 lejang seperti Yamaha RXZ dan Kawasaki Kips RR. Kalau 2 lejang perlu minyak 2T sama dan tidak kepada 4 lejang. Kalau untuk perjalanan dalam Malaysia tak menjadi masaalah sebab minyak di Malaysia murah lagi. Kalau dibanding minyak di Thailand jauh lebih mahal. Sekali isi minyak di Thailand RM13-15 wooo...bagi penuh tangki LC aku. Hahaha. Koyakk!!!. Kalau dari segi penyelengaraan enjin 2 lejang lebih mudah dan senang.

Selain dari segi faktor 4 lejang. Faktor lain ialah jenis besar atau kecil motor tersebut. Kalau selalu jejalan Thailand dan sampai ke China. Pada pendapat aku, biarlah guna motor kecil atau serdeharna kecil seperti kapchai, Yamaha FZi atau sebagainya. Antara sebabnya jika ada masaalah seperti motor jem, atau rosak. Nak baik pulih takda la sengsara sangat macam superbike. Bagi motor seperti Yamaha 135LC, kalau di tempat-tempat ni banyak alat ganti. Sebab sana pun ada model ni. Cuma nama ja berbeza.

Bersambung ke bahagian 2:-

Small bikes long Rides

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger