Tuesday, July 17, 2012

Daging Burger DIY

Ni gambar minggu lepas, takdak kerja nak buat untuk hiburan. Aku terlintas idea nak buat daging burger sendiri. Maklum la, dah bosan makan daging burger yang siap sedia kat pasar raya tu. Penuh dengan lemak. Hehehe.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Saturday, July 14, 2012

Air Terjun Chilling

Hari ini aku pergi riadah dalam hutan ke air terjun chilling. Hehehe. Dalam pukul 11 pagi. Kami berkumpul di Petronas Jalan Sungai Tua, Selayang. Sebelum gerak ke Kuala Kubu Baru. Perjalanan ni mengambil masa dalam 45minit. Kalau ikut skill pemanduan aku la. Hehehe

Yang ikut kali ini. Aku, sazili, hidayat dengan bini dia dan hakim.

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Wednesday, July 11, 2012

Perkena Durian Di Sungai Tiang

Alhamdullilah, lepas balik ja dari makan kenduri kat Sungai Tiang tadi PakLang belakang rumah ajak pi singgah rumah mak dia. Pergghh. Lepas gian la aku perkena durian. Tak tau la berapa biji. Hehehe. Terbaik!!!


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Thursday, July 5, 2012

Farewell Pizza @ PayPal

Pergh!! Tak sangka pulak ada orang yang nak hadiahkan pizza dengan kek kat aku. Ying Bei Bei nama orang tu. Amoi cina dari Shanghai. Hehe. Terima kasih banyak-banyak ya. Heheh

Rasanya sebab apa dia betul-betul nak hadiahkan aku pizza ni. Sebab aku layan dia dari dia mula sampai Kuala Lumpur kot. Hehehe. Tak kisah la. Janji ada orang layan juga. Walaupun orang lain buat tak tahu ja. Hahaha.


Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Monday, July 2, 2012

Ujian Fizikal Bagi Jawatan Inspektor Polis


Alhamdullilah....aku dapat tawaran untuk menduduki ujian fizikal bagi jawatan inspektor polis dalam PDRM. Kena mula belajar kawad kaki la mulai hari ni. hehehhe ;)

Sunday, July 1, 2012

Persiapan Hantaran Pertunangan

Malam ni mak dan jiran aku sibuk siapkan hantaran. :)



Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.