Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2012

Rindu Nak Jelajah Jauh

Rindu nak ride motor jauh-jauh ni. Ada kawan-kawan pun banyak songel sangat. Gebang ja lebih Hahaha. Sabar ja la... Tengah tunggu geng MBC buat plan ja laa..
-
Harith@iPad2

Perbezaan DVVT, VVT-i, VTEC dan i-DSI

The main change between Perodua Viva and it's predecessors (Perodua Kelisa and Perodua Kancil) would be their engines. Then it came the term of DVVT, and Perodua claiming their 1.3l DVVT saves fuel and provide power as same as normal 1.5l engines.

Let us get back to the basics, DVVT or it's full name Daihatsu Valve Variable Timing is based (copycat) on Daihatsu mother company Toyota engine, which is VVT-i (Variable Valve Timing - intelligence). We believe that DVVT is just VVT-i's engine brand name for Daihatsu cars.

DVVT and VVT-i is based by Yamaha's YPVS (Yamaha Power Valve System). Yamaha was bought over by Toyota for it's YPVS because Toyota afraid of losing to Mitsubishi's MIVEC and Honda's Vtec. Yamaha has been provinding Toyota and Daihatsu engines since.

DVVT and VVT-i engines are always put together to be compared with V-tec (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control System), i-DSI (intelligent Dual and Sequential Ignition) that is develop…

Nasi Arab di Kampung Abu Bakar Baginda

Tadi tengah hari sebelum sembayang jumaat. Khai ajak aku perkena nasi
arab buffet kat Kampung Abu Bakar Baginda. Sedap juga dapat perkena
nasi arab ni, Daging kambing memang lembut betul. Tak sempat nak ambil
gambar....punya la sedap dok melayan nasi ni. Murah ja...sekepala
RM10. Nak melantak banyak-banyak segan pulak. Masing-masing makan
sikit ja. Hehehe. Sikit-sikit pun 2 pinggan juga,

Lokasi kedai ni betul-betul sebelah Masjid Abu Bakar Baginda, Jalan Ayer Hitam.
-
Harith @ Nokia E71

Si Tayar Botak Kena Paku

Masa nak keluar makan tengah hari. Naik motor terasa berayun lain
macam ja. Periksa tayar...rupanya angin dah keluar sebab ada paku.
Nasib baik la ada bawa cacing palam tayar tubeless bocor. Hehehe.
Alhamdullilah. Siapa-siapa yang pakai tubeless, Elok sangat la beli
satu set alat cacing ni. Bukan mahal pun. Kat kedai Mr.DIY Bandar Sri
Permaisuri baru ja RM 3.50.

Psss!! Tayar botor teruk tuu...dah kena tukar. ;)
-
Harith @ Nokia E71

Operasi Modifikasi Motosikal

Ni la terjadi bila si nabil rempit katak buka motor dia. Hehehe,
Modenas Kriss masuk disk break depan. Mantop la lepas ni.

Lepas kerja-kerja operasi modifikasi. Akhirnya motor nabil siap.
Seperti gambar terakhir. Wakakaka....!!!.
-
Harith @ Nokia E71

Makan Petang Restoran RasaMas @ Kota Damansara

Lepak-lepak Kota Damansara. Saja nak makan nugget petang-petang ni, hehehe.

-
Harith @ Nokia E71

Kuasa Dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan

Lepak - lepak kat rumah sambil tak tahu nak buat apa, aku cuba habiskan masa sedikit untuk belajar berkenaan Kuasa Dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan. Banyak - banyak perakara dalam perlembagaan ini, perkara - 41 dalam Perlembagaan Persekutuan yang betul - betul menarik perhatian aku. Patut la dikatakan Raja - Raja Melayu ni Payung Negara. Benteng terakhir kedaulatan negara.

Tak semua orang tahu pasal ni, sebab tak penah terjadi lagi sampai tahap terpaksa serah semua kuasa ke Agong terutama jadi darurat besar. Apa-apa pun kalau kita tengok dengan negara jiran kita Thailand. Raja Thai dah lebih kurang 18 kali menangani rampasan kuasa. Sebab tu perkara ni perlu kita ambil berat.

Setalah baca sedikit sebanyak ada aku boleh faham....aku dapat rumuskan sedikit jika runtuhnya sistem Insitusi Raja, maka runtuhlah Sistem Perlembagaan. Maka secara tidak langsung runtuh la keistimewaan orang melayu dan bumiputera, hak-hak bukan melayu, keistimewaan Agama Islam dan lain - lain. Maka j…

Berkelah di Bagan Lalang, Sepang

Memang takdak kerja la. Lepas ambil hakim dari tempat kerja dia. Rasa
macam bosan lak nak melepak dalam bilik ja. Sudah la dari hari jumaat
sampai hari ni asyik melepak dalam bilik ja.

Nak dijadikan cerita. Lepas ja ambil hakim. Aku terus lajak berkemah
di Bagan Lalang. Bagan Lalang ni terletak di kawasan Sepang. Kira-kira
10 minit dari Pekan Sepang.Rasanya kawasan berkelah tepi pantai yang
paling dekat dengan Ibu Kota Kuala Lumpur. Sini ja lah. Perjalanan
mengambil masa dalam 1 jam 30 minit lebih kurang dari rumah aku di
Gombak.

Tempat ni memang banyak kemudahan. Boleh pasang kemah tepi kereta ja.
Kedai makan pun dekat. Selain tu kemudahan asas seperti tandas, surau,
kedai runcit, tapak pakir kereta dan lain-lain. Hehehe. Tak mencabar
langsung kan? Tapi untuk orang dah bekelurga dan ada anak kecil.
Sesuai la.

Hurrmm....rindu nak berkemah dalam hutan laaaa. Hehe. Eh? Dah azan
subuh?. Sedar tak sedar dah nak siang.....lepas subuh. Perkena teh
tarik syok juga. Hehehe. ;…

SOP dan QSO Radio Amatur Bahasa Melayu

Sekadar ingin berkongsi. Berikut ada PDF Panduan SOP berbahasa melayu yang mesti baca sebelum menduduki peperiksaan radio amatur. Banyak info boleh diambil dari sini. Ada juga contoh soalan ujian radio amatur. Boleh cuba-cuba jawab juga. 

Kredit dan terima kasih kepada orang yang buat dokumen ni.


SOP Bahasa Melayu
Contoh Soalan Ujian Radio Amatur 

Operasi Buang Cat Rim Motor

Terasa lak bosan dengan warna rim sukan motor aku ni. Takdak kerja
punya hal. Habis rim sukan aku kena buang cat.

Boleh tahan susah juga. Terasa nak melecur jari dengan kaki aku bila
cecair peluntur ni terpercik kat kaki. Hahahha. Peluntur cat ni aku
beli kat kedai kayu. Harganya tin 1 liter RM17.

Lepas ni operasi cat rim lak. Aku tengah fikir apa warna yang sempoi
ni. Hehehehe.
-
Harith @ Nokia E71

Bersepah Motor

Bersepah depan Bank Rakyat Jalan Tangsi. Heheheh. Ni akibatnya ambik
selekoh time waktu jalan basah. Habis tangan dan kepala lutut
bersakat. Alhamdullilah cuma cedera ringan. Sakit kepala bahu ja yang
tak hilang lagi ni. Lain kali kena hati-hati. Tayar motor pun dah
botak dah tu. (:
-
Harith @ Nokia E71

Antaramuka Lama Google Blogger

Rasanya tak akhir bulan ni, Google akan tukar antaramuka Blogger kepada versi baru. Mesti aku rindu guna antaramuka lama ni. Jadi kenangan macam zaman aku buat blog guna Geocities. ;)