Berkelah di Bagan Lalang, Sepang

/ Sunday, September 2, 2012 /
Memang takdak kerja la. Lepas ambil hakim dari tempat kerja dia. Rasa
macam bosan lak nak melepak dalam bilik ja. Sudah la dari hari jumaat
sampai hari ni asyik melepak dalam bilik ja.

Nak dijadikan cerita. Lepas ja ambil hakim. Aku terus lajak berkemah
di Bagan Lalang. Bagan Lalang ni terletak di kawasan Sepang. Kira-kira
10 minit dari Pekan Sepang.Rasanya kawasan berkelah tepi pantai yang
paling dekat dengan Ibu Kota Kuala Lumpur. Sini ja lah. Perjalanan
mengambil masa dalam 1 jam 30 minit lebih kurang dari rumah aku di
Gombak.

Tempat ni memang banyak kemudahan. Boleh pasang kemah tepi kereta ja.
Kedai makan pun dekat. Selain tu kemudahan asas seperti tandas, surau,
kedai runcit, tapak pakir kereta dan lain-lain. Hehehe. Tak mencabar
langsung kan? Tapi untuk orang dah bekelurga dan ada anak kecil.
Sesuai la.

Hurrmm....rindu nak berkemah dalam hutan laaaa. Hehe. Eh? Dah azan
subuh?. Sedar tak sedar dah nak siang.....lepas subuh. Perkena teh
tarik syok juga. Hehehe. ;)
-
Harith @ Nokia E71

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger