Kuasa Dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan

/ Thursday, September 6, 2012 /
Lepak - lepak kat rumah sambil tak tahu nak buat apa, aku cuba habiskan masa sedikit untuk belajar berkenaan Kuasa Dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan. Banyak - banyak perakara dalam perlembagaan ini, perkara - 41 dalam Perlembagaan Persekutuan yang betul - betul menarik perhatian aku. Patut la dikatakan Raja - Raja Melayu ni Payung Negara. Benteng terakhir kedaulatan negara.

Tak semua orang tahu pasal ni, sebab tak penah terjadi lagi sampai tahap terpaksa serah semua kuasa ke Agong terutama jadi darurat besar. Apa-apa pun kalau kita tengok dengan negara jiran kita Thailand. Raja Thai dah lebih kurang 18 kali menangani rampasan kuasa. Sebab tu perkara ni perlu kita ambil berat.

Setalah baca sedikit sebanyak ada aku boleh faham....aku dapat rumuskan sedikit jika runtuhnya sistem Insitusi Raja, maka runtuhlah Sistem Perlembagaan. Maka secara tidak langsung runtuh la keistimewaan orang melayu dan bumiputera, hak-hak bukan melayu, keistimewaan Agama Islam dan lain - lain. Maka jadilah Malaysia ni sebagai negara rupblik. Sedikit sebanyak aku mula faham peranan Raja - Raja Melayu di Malaysia ni. Memang unik dan tiada ada negara yang macam Malaysia ni. Bagi sesiapa yang menentang, protes, kritis atau menyoalkan apa fungsi raja melayu. Eloklah kaji dulu. Jangan main ikut membuta tuli. Terutamanya orang Melayu.

Dengan zaman teknologi sekarang ni, tak susah pun nak cari maklumat pasal ni. Google ja. Jangan jadi bodoh ikut telunjuk golongan-golongan yang pengkhianat negara. Jadilah cerdik wahai Melayu.

Mutiara kata dari seorang Guru  - " Besi  tak boleh potong kayu, tapi kayu boleh potong kayu". Bagi yang faham, fahamlah.

"Daulat Tuanku"

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger