Jadikan Nokia Symbian Anda Sebagai GPS

/ Saturday, November 17, 2012 /



How to install Garmin XT in Nokia Smartphone (Symbian). dalam bahasa omputehnya

Di sini saya nak kongsikan sedikit cara macam mana nak jadikan telefon nokia anda kepada GPS kereta dengan tanpa perlu membeli GPS yang sebenarnya. Macam aku la. Tak mampu nak beli GPS. Nasib baik aku masih simpan telefon nokia lama aku. Jimat!!..heheh . Aku dah pasang Garmin ni dalam Nokia E5-00 dan Nokia E72 tanpa sebarang masaalah.

Sebelum itu, pastikan telefon ada bersesuaian untuk memasang Garmin XT ni. Antara model-model yang bersesuaian adalah:-
NOKIA C5 - X6 - N97 mini - N97 - N95 - N95 8GB - N85 - N81 - N82 - N78 - E52 - E72 - E71 - E66 - 6220c - 6210 - 5800 XM.
Tapi Ingat!!...Kalau kalau rosak ke, hilang gambar awek ka, apa ka..jangan salahkan aku sebab ikut langkah-langkah ni...hahahahah!! 100% tiada jaminan.


Cara-caranya

  1. Sebelum mula operasi ini. Buat backup dulu sebelum semua maklumat dalam telefon anda hilang. Untuk keselamatan. Download PC Suite dari laman web Nokia. Anda boleh abaikan langkah ini jika tak kisah kot-kot data hilang. Aku buat pun tak backup pun. hehehe
  2. Muat turun semua perisian / fail seperti URL yang disediakan di bawah bagi memulakan proses memasang Garmin GPS ke dalam telefon Nokia anda:-
  3. Sambungkan telefon anda kepada komputer anda dengan menggunakan wayar data USB ke micro USB. Wayar ni boleh dibeli di kedai telefon biasa. Tak pun cari mana-mana wayar yang jenis sambungan micro USB.
  4. Bila telefon anda disambungkan kepada komputer, Ada keluar notifikasi jenis sambungan di telefon anda, pilih "Mass storage mode".

  5. Seterusnya, 3 fail yang di muat turun tadi, mulakan setiap satu mengikut turutan senarai di bawah tadi. Mulakan dengan memasang Garmin Mobile XT dulu. Antaramuka pemasangan adalah seperti gambar di bawah. Pastikan kad memori ada dipilih dengan betul. Sebagai contoh pacuan D: adalah memori kad telefon saya. Klik "Install" saja. Teruskan dengan 2 fail yang seterusnya. Kaedahnya tetap sama.

  6. Selepas siap memasang ketiga-tiga fail tersebut. Cabut wayar usb tadi.
  7. Periksa aplikasi Garmin XT yang di pasang tadi di dalam telefon ada. Jika ada abaikan langkah 8-10 dan teruskan dengan langkah 12.
  8. Memasang perisian Garmin XT di dalam telefon nokia secara manual. Di dalam telefon anda, cari perisian "Fail Manager" yang pintasanya bernama "File Mgr". Selalunya perisian ini ada dalam folder "Office". Mulakan perisian tersebut.
  9. Selepas mulakan perisan "File Manager" Terdapat dua pilihan iaitu "Phone Memory" dan "Memory Card". Pilih "Memory Card". Jika terdapat masej "Memory Card in use", Cabut wayar USB terlebih dahulu.
  10. Di dalam perisian "Fail Manager" cari  fail bernama "GarminMobileXT.sis". Pasang perisan tersebut. 
  11. Setelah selesai, tutup perisian "Fail Manager" dan periksa semula perisian Garmin seperti di langkah 7.
  12. Setelah perisian Garmin XT siap di pasang, mulakan perisian tersebut, untuk kali pertama, anda perlu tetapkan setting terlebih dahulu. Seterusnya, di skrin utama, cari  "Tools -> Settings -> About >". Salin nombor "Card ID" di kertas atau mana-mana la yang boleh salin dan tutup perisian tersebut.
  13. Seterusnya, masa untuk memasang peta malaysia terkini. Peta Garmin terkini boleh di muat turun dari website malsingmaps.com. Muat turun fail tersebut seperti di gambar rajah bawah. (Anda mungkin dikehendaki mendaftar terlebih dahulu tersebut sebelum boleh muat turun file tersebut)
  14. Setelah muat turun fail tersebut, unzip fail tersebut. Anda akan dapati ada fail bernama "gmapsupp.img". Sambungkan semula wayar usb anda antara komputer dan telefon. Rujuk langkah 3 dan 4.
  15. Salin fail tersbebut dah letak di dalam folder "Garmin" di dalam kad memori anda.
  16. Seterusnya, cara nak jadikan perisian ini boleh digunakan secara "full version". Sila hubungi pengedar sah Garmin terdekat untuk membeli lesen key Garmin XT untuk Symbian. Kat Lowyat Plaza ada juga. atau anda hanya ingin menggunkan "Trial Version" sila abaikan langkah 17-19. Anda boleh rujuk langkah 17 dan seterusnya jika ada miskin dan kedekut. Kedai telefon pun buat cara yang sama juga. Ingat depa tu beli ka? Pastu kena bayar RM50. huhuhuh...
  17. Ingat tak tadi aku suruh salin nombor "Card ID" dalam kertas? Hilang dah ke?. hehe. Mulakan perisian "XXXXX.exe". Masukkan nombor tadi dan klik butang "Generate" untuk dapatkan nombor string . "Copy" nombor tersebut.
  18. Buka "Notepad" dan "Paste" dalam notepad tersebut. Klik butang "Save As", dan di dalam kotak dropdown tu, pilih "All Files" dan simpan sebagai nama "sw.unl". Pastikan nama file tersebut "sw.unl"dan bukanya "sw.unl.txt".

  19. Salin file tersebut dan letak di dalam folder Garmin seperti di langkah 15.
  20. Cabut wayar usb dan jalankan perisian Garmin XT dari telefon ada. Tetapkan sistem GPS terlebih dahulu. Dalam perisian Garmin XT, Pergi ke " Tools -> Settings -> System ->Remote GPS." Pilih "Use Attached/Built-in GPS".
  21. OK bos!! ..Siap!!...hahaha. Cuba buat satu carian tempat dengan menggunkan Garmin XT anda. Pastikan semua berfungsi dengan baik
  22. Muat turun langkah-langkah menggunakan Garmin jika anda tidak tahu menggunakan. Langkah-langkah tersebut boleh didapati dari laman Garmin ini.
  23. Sebarang masaalah boleh email kepada Aku seperti alamat di sebelah. ;)


Perisian / Fail yang diperlukan:-



  • Garmin Mobile XT for Symbian S60 3rd Edition
  • Garmin Mobile XT Free Basemap software version 4.xx.xx
  • Garmin Mobile XT Support Files software version 4.xx.xx
  • 0 comments:

    Post a Comment

     
    Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
    Design by DZignine. Powered by Blogger