Thursday, December 20, 2012

Durian Oh! Durian

Ketagih dah lama dah, teringin tu toksah dok kata laa...lapaq tu
xpayah dok cita....memang dari pagi tak makan apa. Hahaha. Lepas ja
balik kerja. Terus aku singgah Bandar Baru Bangi beli 3 biji durian.
Hahahha. Selamat laa 2 biji setengah dalam perut aku...eheheh.
Alhamdullilahh..... ;)

-
Harith @ Nokia Phone

Latihan Memgendali Senjata

Latihan senjata 2 minggu lepas. Minggu ni ada lagi. Hehehe.


-
Harith @ Nokia Phone

Mencuci Jam Casio DW-5600MS

Wahhhhh!!!!!....... Penuh berdaki jam aku. Dah 3 tahun pakai menang
tak penah cuci. Hahaha. Sebenarnya memang puas hati pakai jam ni.
Memang tahan lasak. Penah sekali jatuh motor, bergerutu tali jam ni.
Tapi takdak la putus lak....Alhamdullilah.

Bateri pun dah 3 tahun tak tukar. Model ni jenis bateri bukan jenis
cas pakai solar. Bateri biasa ja pun. 3 tahun lebih ok laa......
Menariknya, setiap bahagian-bahagian jam ni ada jual berasingan.
-
Harith @ Nokia Phone

Sunday, December 16, 2012

Encrypt Portable Hard Disk Budak Belemoih

Sebagai langkah keselamatan, Jika portable hard disk aku hilang tu...dah hilang. Apa boleh buat. Tapi sekurang-kurangnya dalam kepala takdak la risau data-data, maklumat penting, gambar-gambar orang yang terjumpa boleh akses dan tengok. hehehehe. Tau-tau dah ada dalam internet... hahaha..

Dalam proses ni aku guna aplikasi sumber terbuka (open source) TrueCrypt. Aku boleh buat satu atau lebih ruang cakera maya encrypted dalam portable hard disk ni. Lepas tu mount je. Akan keluar macam kita cucuk partition baru. Senang ja... ;)

Cuma kena jaga-jaga dengan aplikasi password sniffers dan Evil Maid. Aplikasi boleh curi kata kunci untuk masuk ke cakera maya encrypted ni.

-
Harith