Skip to main content

Posts

Showing posts from 2013

Doa, Iktiaq, Usaha Dan Tawakal

Skrin tangkap muat dari akaun Facebook aku. -
Harith @ SamGalaxy

Alza Aku Kuat Makan Minyak Sikit Tetapi Mantap

Assalammualaikum... Minggu lepas aku tukar rim sukan dengan tayar baru. Hehehe. Boleh tengok nukilan yang lepas. Sedikit aku nak kongsi tentang minyak kereta ni lepas tukar dari tayar asal kilang saiz 185/55/R15 R16 dengan rim sukan asal Perodua Alza kepada rim replika TE37 SL dengan tayar saiz 204/45/R15 R16  Sebelum ni kalau berpandukan sistem kereta ni tunjuk 7.5 liter bagi setiap 100KM secara anggaran dan sekarang 7.6 liter setiap 100KM secara puratanya. Maknanya minyak lebih 100 ml lebih dari biasa. Tetapi minyak ni akan naik sikit kepasa 7.7 liter setiap 100KM bila melalui jalan-jalan bandar. Mungkin sebab banyak kali perlahan dan berhenti di lampu isyarat. Apa-apa pun begantung dengan cara permanduan juga. Kalau bawa asyik tekan ja..tak tahu la. Kalau hampa nak tahu, merujuk majalah ( gambar kat atas ni) Jepun yang aku cedok dari internet ni. Berikut tayar yang sesuai untuk Peroda Alza. Heheh... Itu mungkin kelemahan pakai tayar lebar dan besar sikit. Tapi ada juga kelebihanya…

"Break Pad" untuk Alza

Assalammualaikum...Hari ni aku ada beli "break pad" untuk Alza aku. Ni semua gara-gara tukar "break pad" kat Pusat Servis Perodua la ni. Berabu tu dah tentu la...yang aku sedikit kecewa bila piring disk makan lepas tukar "break pad".Lepas aku dengar orang cerita pasal kemantapan dan kurangnya habu debu hasil dari "break pad" jenama Proride buatan Malaysia keluaran Sapura ni. Aku terus beli. Hehehe. Tapi kena pasang kat luar la. Sebab brader ni cuma jual ja. Kalau hampa perasan, di kotak ni ada tulis untuk Proton Waja 1.6, sebenarnya sistem "break" pada Proton Waja 1.6 dengan Perodua Alza sama saja..jadi tak menjadi masaalah guna "break pad" untuk Proton Waja 1.6.Kenapa tak beli saja kat kedai dan terus pasang?...sebab aku tak jumpa  lagi kedai kereta jual jenama ni. Apa-apa pun nak tahu kemantapan kena tunggu pakai dulu la. Hehehe.-
Harith @ SamGalaxy

Kasut Dan Stokin Baru Untuk Alza

Assalammualaikum...Orang kata nak masuk tahun baru ni kena ada azam baru. Aku pulak ada kasut baru kat Alza aku...hehehehe.  Bukan apa.. tayar kereta aku dah retak semacam ja. Risau pulak nak bawa jauh-jauh. Nak balik kampung bukan dekat, kedah sana nuuu...jauh baQ ang.Tapi orang kata, alang -alang nak tukar tayar, tukar la sekali rim. Heheheh. Setelah bincang-bincang dengan Puan Linda..kami cadang nak ambil rim jenis TE37 SL warna merah. Tiruan ja. Nak beli yang tulen mau dekat 7-8 ribu agaknya la...cukup la setakat rim taiwan. Orang kata rim taiwan dah makin berkualiti sikit.Dalam pemilihan tayar, aku pilih corak macam corak No.1 gambar tayar kat atas ni. Aku pentingkan keselamatan dan barulah keselesaan. Maklum la MPV... kadang-kadang kena bawa banyak muatan.Apa-apa pun harap semuanya OK dan yang paling penting bertambah kacakkkk!!! ♡♡♥♡♥♡♥♡♡♥-
Harith @ SamGalaxy

Dilema Kita di Dunia Semakin Mencabar dan Canggih

Assalammualaikum...

Lama aku tak kemaskini laman naik sawang aku ni. Hahaha. Sekarang ni lepak ja kedai kopi memang tak boleh lari dengan topik kenaikan barang itu ini, minyak, tol, karan dan sebagainya. Kadang-kadang pelik juga aku dengan kepimpinan la ni yang mana dapat amanah untuk terajui negara ni lagi 5 tahun. Kata nak kurangkan bebanan sara hidup rakyat. Ramai juga pemimpian yang nak tunjuk jaguh....tapi ada juga yang kadang-kadang bercakap macam seorang budak tadika...Tak faham aku.

Aku pun pelik juga dengan perangai orang sekarangnya. Aku bercakap dengan apa aku nampak dan perhati orang sekeliling aku. Macam-macam komen... ketidakpuashatian yang aku dengar, tak kira mereka dari sebelah mana pun. Pada aku setuju atau tidak, itulah luahan isi hati rakyat yang patut pemimpin kita dengar. Terus dengar luahan rakyat macam aku dengar setiap kali aku melepak di kedai kopi. Jangan dengar sangat penasihat 25 Persen tu..hahahaaha.

(Berhenti perkena kopi sat...)

Aku masih ingat dulu-du…

Orang Melayu Cocos

Baru aku tahu ada masyarakat melayu di kepulauan Cocos dalam kawasan Australia. Lebih kurang 80 peratus penduduk di Kepulauan ni merupakan Sunnah Waljamaah. Hebat betul orang melayu ni.... ;)

http://ms.wikipedia.org/wiki/Islam_di_Kepulauan_Cocos_(Keeling)

#sumber imej
- Harith

Jenis - jenis Amalan Khurafat Orang Melayu

Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut; 1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar. Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial. 2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu. Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk cipta…

Stew Daging Korban

Kali pertama aku masak stew daging. Hahahah. Nak kata sedap ka dak pun tak tau. Mungkin tekak aku tak boleh terima sangat ko masakan macam ni. Hehehe. Apa-apa pun tetap lincin. -
Harith @ SamGalaxy

Pon! Pon! Muatan Berat

Tabung aku dah penuh. Nak bawa pi Bank pun segan juga ni. Heheheh.-
Harith @ SamGalaxy

Latihan / Ujian Menembak M16-A1

Lama dah tak menembak M16. Hahaha. Walaupun masih dapat mata keseluruhan atas 100, iaitu kelas 1. Tapi kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain jauh juga ketinggalan. Huh....apa-apa masih seronok dapat menembak dengan rakan-rakan dan kenalan baru dari berbagai-bagai cawangan dan balai lain. Lepas habis ujian M16. Layan HK11 lak satu mag... Hehehe. ☆☆☆☆☆-
Harith

Stun Gun

Fuhh fuhh...hari ni aku melawat pameran Angkatan Tentera Malaysia. Sambil lepak - lepak santai pusing booth yang ada. Ada satu booth yang menarik perhatian aku. Depa bagi peluang kat aku nak rasa macam mana kena teser gun. Hehehe. Sebab aku tak penah kena dan tak tahu rasa macam mana. Aku ambil la peluang nak rasa.Kebetulan masa nak ada 2 orang anggota PDRM (aku rasa dan yakin...walaupun dia pakai preman). Bertiga la kami dok berangkai. Aku paling kanan....heheh. Anggota ATM tu kira 1 2 3 ... breeeezzz!!!! .... mengeletar kejang kami. Hahahahah. Tapi masing - masing muka cool ja. Hensem dan bergaya..Tu baru 3 saat. Kalau 5 saat mau terbaring lentok kat situ. Tak sakit.. best juga. Tak boleh nak kawal badan...semua otot kejang. Tak tau macam mana nak cakap.Kesimpulan aku buat, otak menghantar isyarat elektrik kecil ikut tulang belakang melalui saraf -saraf ke otot untuk melakukan kerja yang diarahkan. Secara asasnya, elektrik yang disalurkan dari teser gun tu memasuki sistem saraf dan …

Adik Aku Ada Temuduga Polis Bantuan

Adik aku ada temuduga polis bantuan besok. Kasut aku lak kena bantai. IPK bagi tuu.... aku pun tak pakai lagi....huhuhuh!!-
Harith @ SamGalaxy

Malam Di Ambang Sambutan Merdeka ke 56.

Semalam, hari jumaat 30 Ogos 2013.Sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan ke 56, adalah hari yang sibuk bagi aku.  Mana taknya..hari jumaat tu pagi - pagi macam biasa aku keluar pergi kerja hakiki aku. Banyak kerja tak.payah cerita la. Tapi dah jadi tanggungjawab orang kata. Demi sesuap nasi aku gagahi jua. Habis kerja hakiki aku, aku tak balik terus rumah. Lepak pejabat dulu sebelum masuk kerja malam pulak. Nak lelap mata kat pejabat tak boleh - boleh. Tak tau kenapa. Walaupun ramai budak dah balik, yang ada cuma juruteknik - juruteknik bujang ja melepak melayari internet. Mata cuba aku pejam. Tapi tak boleh melelapkan mata.

Jarum jam dinding menunjukan tepat jam 7 malam. Lekas - lekas aku salin pakaian dalam bilik solat pejabat aku. Uniform biru tua aku sarung,  perutukan dibawah Akta Polis 1967 aku pakai siap sedia berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Teringat aku isteri rumah. Sebenarnya dia tak berapa sihat dan mendapat cuti sakit. Fikiran aku kembali ke rumahku. Agak-agakn…

Polis, Penjenayah dan Orang Awam

Penah dak masa kita drive tiba - tiba ada kereta depan lap! lap! bagi lampu yang memberi isyarat kepada pengguna kenderaan yang bakal melalui sekatan polis (SJR)..kononya atas sifat tolong menolong. Suruh pengguna bersiap sedia, pakai tali pinggang kalader atau sebagainya.Sedaq atau dak...mungkin ada penjenayah yang dikehendaki pun sedar dan cabut lari. Lagi - lagi waktu sekarang ni jenayah semakin menjadi - jadi.Penahkan hampa fikir. Kalau penjenayah tu ada kes seksyen 302KK tuduhan membunuh. Hampa boleh dikenakan tuduhan atas seksyen 302KK bersama 34KK..tuduhan membunuh dan bersubahat...huhuhu.Kita sering tanya, apa jasa dan pemberian orang kepada kita....tetapi penah kita tanya, apakah jasa kita masyarakat? Kalau kita tak mampu mengankat senjata atau sebagainya. Jadilah kita tolong polis kita memerangi jenayah dengan salurkan apa2 maklumat yg ada. Paling mudah mesej ja kat fesbuk PDRM atau paling  baik terus ke Balai Polis terdekat.Mai kita mainkan peranan kita. Demi mendaulatkan A…

Kemaskini Pengetahuan Anda Mengenai Akta - Akta Di Malaysia

Kat Malaysia ni, boleh dikatakan selalu ada sahaja akta-akta baru atau pindaan akta sedia ada yang diperkenalkan. Memang susah nak ikut perkembangan apa yang telah diubah atau ditambah. Kat sini aku nak perkenalkan satu laman web himpunan akta-akta dari lama hingga terbaru. Harap kepada sesiapa terutamanya rakyat Malaysia dapat menafaat dari laman ini. ;)
http://billwatcher.sinarproject.org


- Harith

Aku Bukan Mat Rempit

Disini aku nak nyatakan aku bukan mat rempit. Hehehehe....

Terima Kasih Wahai Isteri Ku

Tiada apa lebih berharga bagi seorang suami kecuali pergorbanan
isteri. Macam tu la ayatnya. He he he. Terima kasih abang ucapkan
kerana faham dan beri sokongan penuh dengan minat abang. Berat juga
kaki melangkah meninggalkan sayang di rumah. Demi tanggungjawab abang
gagahkan juga. Doakan abang selamat pergi dan balik.Terima kasih
sayang. ;-)

-
Harith @ Nokia Phone

Perjalanan Budak Belemoih ( Nukilan 1 )

Assalammualaikum,Sedar tak sedar dah masuk 14 tahun lepas aku keluar dari rumah menuntut ilmu, masuk ke alam pekerjaan dan alam berumah tangga. Banyak pengalaman yang aku dapat. Lama juga tu, sejak tahun 1999.Sejak dari tu, memang aku jarang balik kampung, bukan apa. Balik pun masa cuti sekolah sahaja kalau waktu aku tingkatan 4 dan 5. Sebab waktu tu aku belajar di Sekolah Menangah Teknik Langkawi. Hehehe. Terus terang aku cakap, aku ni jenis penakut sikit dan selalu kena buli. Kalau cerita bab macam mana kena buli dan menagis tu tak payah cerita la. Buat malu ja. Hahahaha. Apa - apa pun tu cerita zaman aku budak - budak mentah yang manja. Hahahaha. Sejak aku melangkah ke alam sekolah menengah kat langkawi ni, aku nak mencuba benda baru yang kononya boleh jadikan aku seorang yang berani dah berpendirian. Hahaha. Maklum la, sekolah kat langkawi ni jauh dari kampung aku di Pendang. Kena lah berdikari dan belajar campur dengan orang lain. Kah kah kah.Seminggu pertama aku di sekolah ni, a…

Jalan - Jalan Cari Pembekal Kain

Minggu lepas aku bawa la kawan linda dengan linda ushar cari pembekal kain dari vietnam. Dengar cerita kain sini memang tak jumpa kalai cari sendiri kat sana.Sampai ja sini, aduhh...rambang mata la mak long sorang ni. Hehehe. Terasa juga nak ambil sikit nak cuba jual. Hehehe.-
Harith @ GTab2

Malam Minggu Bersama Isteri Tersayang

Malam ni lepas kawad komandan, aku bawa bini aku jalan-jalan ibukota Kuala Lumpur. Hehehe. Saja ja nak lepak santai sama marka aku ni. Walaupun dia la ni ketagih dengan Candy Crush Saga dia. He he he
Lama tak jalan jalan kawasan Jalan Raja Laut ni.
Sambil nak melawat kawan pejabat aku berniaga kat deretan gerai Uptown Kampung Baru di jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kuala lumpur. Tapi nak melepak lama memang tak dapat la. Udara berjerebu, rasa tak selesa. Tak tau la berapa takat IPU kat kawasan tu. Jadi kami terus balik. 

Keputusan Ujian Penglihatan

Semalam aku buat ujian penglihatan mata dekat BP Diagnostic Center Kajang. Hasilnya 6/6 mata kanan dan 6/7.5 mata kiri. Nampaknya mata kiri kurang sikit. Kata jururawat tu "mata abang belah kiri kureeeengg". Hahahaha. Alhamdullilah mata aku masih cemerlang. Boleh guna untuk kebaikan dan terus berkhidmat. :-)

Bag Sandang Baru

Bag sandang baru aku, bini aku yang belikan ni. Seronoknyaaa....hehehehe -
Harith @ CyanogenMod 10.1

Barang aksesori Polis.

Barang - barang baru. Hehehe.
-
Harith

Enjin Bay Macam Dah Reput

Kena buat aduan kat Perodua ni. Kenapa kereta baru 2 tahun baru, tapi enjin macam dah bertahun berkarat ni. Dah la harga kereta nak dikurangkan. Baik PR atau BN. Mesti harga kereta aku jatuh kaw kaw. Kalau jual mesti tak boleh bayar balik hutang. Mana taknya, beli mahal nanti dah murah. Heheheh.Kereta mau pakai lama weii...nanti kena pergi hantar buat jaminan ni. Hehehe-
Harith @ Galaxy Tab 2

Masak Sarapan Mee dan Kowteow Goreng ♡

Dah lama tak masak sarapan ni. Di sebabkan buah hati aku tak sihat. Hari ini aku pulak ambil alih masak untuk dia. Heheheh.Mulakan dengan bakat terpendam aku dengan masak mee goreng ( tak jadi kembang lak sebab terlebih ayaq ) dan kowteow goreng yang awsome dan menjadi aku. Hehehe.Alhamdullilah buah hati aku suka. Bertambah-tambah juga laaa.. hehehe ♡♡♡♡♥♡♥♥-
Harith @ Galaxy Tab 2

Mencari Pengganti Google Reader

"We have just announced on the Official Google Blog that we will soon retire Google Reader (the actual date is July 1, 2013). We know Reader has a devoted following who will be very sad to see it go. We're sad too. "
Menang sedih laaa...lepas aku tahu yang Google Reader nak kena tamatkan perkhidmatan dia. Mana  taknya. Aku banyak habiskan masa dengan Google Reader ni..hahahha. Biasa la.. banyak berita nak baca. Berita Semasa,Politik, Pengetahuan AM dan macam-macam lagi lah.... hehehe. Google Reader memang syok pakai kat Samsung Galaxy Tab aku.

Macam biasa la...kena la aku cari pengganti Google Reader ni. Calon pertama aku guna The Old Reader. Macam biasa, aku susah sikit nak terima benda baru....hahahah.

- Harith

Selama 206 Tahun Penuh Jasa dan Bakti Kepada Nusa

Oleh Nor Azlina ShaariHari ini merupakan sambutan Hari Polis yang ke-206 sejak ia ditubuhkan pada 1807. Sambutan ini bertujuan menghargai jasa-jasa yang telah ditabur oleh setiap anggota Polis di-Raja Malaysia (PDRM) sejak  dahulu sehingga kini. Sungguhpun ia tidak dapat membalas jasa dan pengorbanan setiap anggota polis, namun ia merupakan satu pengiktirafan yang tidak terhingga kerajaan dan rakyat.Sambutan hari Polis kali ini bertemakan 'Komuniti Sejahtera Komitmen Kami'. Ini kerana PDRM sentiasa penuh dengan komitmen dalam menjalankan tugas mereka, meski pun terpaksa berkorban nyawa dan kehidupan mereka sendiri untuk rakyat negara ini.Kewujudannya adalah sebelum negara Malaysia mencapai kemerdekaan lagi iaitu ketika mana sebelum timbulnya saat sukar dan genting zaman darurat di Persekutuan Tanah Melayu. Dahulu ianya ibarat suatu penglibatan masyarakat setempat atau penempatan desa dan juga pinggir bandar bagi maksud membantu pihak berkuasa iaitu Federation of Malaya Police,…

Uniform Baru Baju Butang Besi...urat dawai

Tampak bergaya dengan baju uniform baru kerajaan bagi. Hehehehe. Tapi ingat kena ubah sikit, macam longgar ja. -
Harith @ Galaxy Tab 2

Periksa Darah Di Klinik Kesihatan Bukit Changgang

Dah lama aku tak kemas kini blog aku ni. Dah bersawang dah rupanya. Hehehe. Hari ini saja aku nak tulis bertapa bertuahnya aku sebagai rakyat Malaysia yang berdaulat ni. Beza resit bayaran klinik swasta dengan kerajaan. Sekali melawat klinik swasta aku dah kena cas RM45. Tu baru sekali....kalau berkali-kali mau jatuh miskin lagi bulan ni. Berbeza dengan klinik kerajaan lak...bayar RM1 dapat pulak ubat harga RM4.40. Tu tak termasuk ubat dalam paket tu. Hehehhe. Sungguh kejamnya Kerajaan kita kan? Kan? Hahahah.
-
Harith @ Galaxy Tab 2

Min Tam : Pedas, Manis, Pahit, Masin ....

Min tam... ni kali pertama aku makan. Rasa lain macam juga. Pedas...pedas masam manis sikit...hehehe. jangan silap. Tu bukan daun sirih tapi kaduk. Ni adalah makanan tradisional siam. Apa-apa pun sedap!. ;)-
Harith @ Galaxy Tab 2