Skip to main content

Perjalanan Budak Belemoih ( Nukilan 1 )

Assalammualaikum,

Sedar tak sedar dah masuk 14 tahun lepas aku keluar dari rumah menuntut ilmu, masuk ke alam pekerjaan dan alam berumah tangga. Banyak pengalaman yang aku dapat. Lama juga tu, sejak tahun 1999.

Sejak dari tu, memang aku jarang balik kampung, bukan apa. Balik pun masa cuti sekolah sahaja kalau waktu aku tingkatan 4 dan 5. Sebab waktu tu aku belajar di Sekolah Menangah Teknik Langkawi. Hehehe. Terus terang aku cakap, aku ni jenis penakut sikit dan selalu kena buli. Kalau cerita bab macam mana kena buli dan menagis tu tak payah cerita la. Buat malu ja. Hahahaha. Apa - apa pun tu cerita zaman aku budak - budak mentah yang manja. Hahahaha. Sejak aku melangkah ke alam sekolah menengah kat langkawi ni, aku nak mencuba benda baru yang kononya boleh jadikan aku seorang yang berani dah berpendirian. Hahaha. Maklum la, sekolah kat langkawi ni jauh dari kampung aku di Pendang. Kena lah berdikari dan belajar campur dengan orang lain. Kah kah kah.

Seminggu pertama aku di sekolah ni, aku kenal beberapa orang kawan waktu tu, antaranya Adlizam Azmi, Din Jarang dan Choi Bukit Tembaga. Waktu ni juga kecoh sakan budak budak nak cari aktiviti kokorikulum nak masuk. Ada yang masuk Pengakap, Kedet Bomba dan macam - macamlah. Aku dah lupa apa lagi. Jadi tak terkecuali rakan - rakan aku masa ni juga sibuk nak pilih mana yang mereka suka. Tak tau macam mana depa ni macam sepakat lak nak masuk dan belajar silat kat sekolah tu. Sebab persatuan silat dalam sekolah ni dah di wartakan sebagai salah satu akviti kokorikulum. Mula - mula aku teragak agak juga nak masuk atau tak. Sebab ikut kawan punya pasal aku masuk juga. Antara yang beriya-iya ajak aku ialah Adlizam ni. Anak jati langkawi. Hehehe. Dalam hati aku ni lah masanya nak pupuk diri jadi berani dan berpendirian. Kah kah kah....  Akhirnya aku pun masuk daftar sebagai ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, kelas SM Teknik Langkawi. Jurulatih masa tu Pak Rod atau nama sebenarnya Ahmad Rodzri ( kalau tak silap) ketua warden masa tu. Cengei ni woo.

Bersambung ....

-
Harith @ GTab2

Comments

Popular posts from this blog

Minyak enjin jenis diesel untuk Yamaha 135LC.

Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.Nasihat aku...kalau nak …

Perbezaan DVVT, VVT-i, VTEC dan i-DSI

The main change between Perodua Viva and it's predecessors (Perodua Kelisa and Perodua Kancil) would be their engines. Then it came the term of DVVT, and Perodua claiming their 1.3l DVVT saves fuel and provide power as same as normal 1.5l engines.

Let us get back to the basics, DVVT or it's full name Daihatsu Valve Variable Timing is based (copycat) on Daihatsu mother company Toyota engine, which is VVT-i (Variable Valve Timing - intelligence). We believe that DVVT is just VVT-i's engine brand name for Daihatsu cars.

DVVT and VVT-i is based by Yamaha's YPVS (Yamaha Power Valve System). Yamaha was bought over by Toyota for it's YPVS because Toyota afraid of losing to Mitsubishi's MIVEC and Honda's Vtec. Yamaha has been provinding Toyota and Daihatsu engines since.

DVVT and VVT-i engines are always put together to be compared with V-tec (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control System), i-DSI (intelligent Dual and Sequential Ignition) that is develop…

Bahagian 1 : Motor Sesuai Untuk Perjalanan Lebih Jauh.

Sebenarnya baru 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia ride jejauh ni. Dari pengalaman, pengamatan dan sembang-sembang dengan rider lain. Aku dapat membuat sedikit rumusan dalam pemilihan motor untuk perjalanan jauh ni.

Saja aku nak cerita motor mampu milik ja untuk orang macam aku ni. Maklum la gaji kecik. Kalau gaji besar takda la masaalah sangat. Jadi takpayah nak cerita la. Heheh. Pada padangan aku, motor yang paling sesuai untuk ride jauh ialah motor jenis dari 4 lejang (4 stroke) seperti Yamaha 135LC, Suzuki Belang, Honda Dash, Modenas Ace, Yamaha 150fzi dan seangkatanya. Sebab utama kenapa motor 4 lejang?.

Sebab, motor 4 lejang lebih menjimatkan minyak berbanding motor jenis 2 lejang seperti Yamaha RXZ dan Kawasaki Kips RR. Kalau 2 lejang perlu minyak 2T sama dan tidak kepada 4 lejang. Kalau untuk perjalanan dalam Malaysia tak menjadi masaalah sebab minyak di Malaysia murah lagi. Kalau dibanding minyak di Thailand jauh lebih mahal. Sekali isi minyak di Thailand RM13-15 wooo..…