Skip to main content

Malam Di Ambang Sambutan Merdeka ke 56.



Semalam, hari jumaat 30 Ogos 2013.Sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan ke 56, adalah hari yang sibuk bagi aku.  Mana taknya..hari jumaat tu pagi - pagi macam biasa aku keluar pergi kerja hakiki aku. Banyak kerja tak.payah cerita la. Tapi dah jadi tanggungjawab orang kata. Demi sesuap nasi aku gagahi jua.
Habis kerja hakiki aku, aku tak balik terus rumah. Lepak pejabat dulu sebelum masuk kerja malam pulak. Nak lelap mata kat pejabat tak boleh - boleh. Tak tau kenapa. Walaupun ramai budak dah balik, yang ada cuma juruteknik - juruteknik bujang ja melepak melayari internet. Mata cuba aku pejam. Tapi tak boleh melelapkan mata.

Jarum jam dinding menunjukan tepat jam 7 malam. Lekas - lekas aku salin pakaian dalam bilik solat pejabat aku. Uniform biru tua aku sarung,  perutukan dibawah Akta Polis 1967 aku pakai siap sedia berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Teringat aku isteri rumah. Sebenarnya dia tak berapa sihat dan mendapat cuti sakit. Fikiran aku kembali ke rumahku. Agak-agaknya apa dia buat sekarang. Fikiran aku mengalamun lagi. Mesti suami-suami muda lain sibuk bawa isteri masing-masing bersuka ria sambut ambang merdeka malam tu. Dengar cerita ada pertunjukan bunga api di Putrajaya. Lamunan aku terhenti. Aku kena cepat ni. Kalau tidak terlambat. Waktu magrib dah nak masuk.

Lantas aku aku terus ke motosikal aku yang aku letakkan depan pejabatku. Ku hidupkan motosikalku terus ke Balai Polis. Jalan nampaknya basah...hujan mencurah curan turun tadi menyebabkan banyak lopak - lopak air di sepanjang perjalanan aku. Aku terus menunggang dengan penuh hati-hati. Setiba di balai dan lapor diri. Kerja -kerja kepolisan dituguskan dan haruslah dijalankan penuh didikasi.

Waktu hampir menunjukan jam 1 pagi. Setelah tamat waktu bertugas dan senjata diserahkan. Aku terus pulang ke rumah. Kedinginan malam pada waktu tu seolah olah seperti jarum kecil mencucuk badan aku. Hampir jam 2 baru aku tiba di rumah. Memang penat. Waktu tu menang penat. Penat tak terkira. Sampai aku tertidur atas lantai. Tak terdaya nak mengdaki katil yang seperti gunung kinabalu tingginya. Isteri mengejutkan aku dari terlelap. "Abang..bangun!! Mandi dan tidur atas"...tersentak aku dari tidur nyenyak. Aku gagahkan diri mandi. Terlintas dalam kepala aku. Janji aku dengan isteriku yang aku nak bawa dia ke dataran merdeka pagi ini. Cepat - cepat aku bersihkan diri terus tidur. Kan besok aku terbabas lak sampai tengah hari.........

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 56.


Zzz..zz.z..zzz.z.z..krohh..krooh..

-
Harith @ SamGalaxy

Comments

Popular posts from this blog

Minyak enjin jenis diesel untuk Yamaha 135LC.

Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.Nasihat aku...kalau nak …

Perbezaan DVVT, VVT-i, VTEC dan i-DSI

The main change between Perodua Viva and it's predecessors (Perodua Kelisa and Perodua Kancil) would be their engines. Then it came the term of DVVT, and Perodua claiming their 1.3l DVVT saves fuel and provide power as same as normal 1.5l engines.

Let us get back to the basics, DVVT or it's full name Daihatsu Valve Variable Timing is based (copycat) on Daihatsu mother company Toyota engine, which is VVT-i (Variable Valve Timing - intelligence). We believe that DVVT is just VVT-i's engine brand name for Daihatsu cars.

DVVT and VVT-i is based by Yamaha's YPVS (Yamaha Power Valve System). Yamaha was bought over by Toyota for it's YPVS because Toyota afraid of losing to Mitsubishi's MIVEC and Honda's Vtec. Yamaha has been provinding Toyota and Daihatsu engines since.

DVVT and VVT-i engines are always put together to be compared with V-tec (Variable Valve Timing and Lift Electronic Control System), i-DSI (intelligent Dual and Sequential Ignition) that is develop…

Bahagian 1 : Motor Sesuai Untuk Perjalanan Lebih Jauh.

Sebenarnya baru 2 tahun aku berkecimpung dalam dunia ride jejauh ni. Dari pengalaman, pengamatan dan sembang-sembang dengan rider lain. Aku dapat membuat sedikit rumusan dalam pemilihan motor untuk perjalanan jauh ni.

Saja aku nak cerita motor mampu milik ja untuk orang macam aku ni. Maklum la gaji kecik. Kalau gaji besar takda la masaalah sangat. Jadi takpayah nak cerita la. Heheh. Pada padangan aku, motor yang paling sesuai untuk ride jauh ialah motor jenis dari 4 lejang (4 stroke) seperti Yamaha 135LC, Suzuki Belang, Honda Dash, Modenas Ace, Yamaha 150fzi dan seangkatanya. Sebab utama kenapa motor 4 lejang?.

Sebab, motor 4 lejang lebih menjimatkan minyak berbanding motor jenis 2 lejang seperti Yamaha RXZ dan Kawasaki Kips RR. Kalau 2 lejang perlu minyak 2T sama dan tidak kepada 4 lejang. Kalau untuk perjalanan dalam Malaysia tak menjadi masaalah sebab minyak di Malaysia murah lagi. Kalau dibanding minyak di Thailand jauh lebih mahal. Sekali isi minyak di Thailand RM13-15 wooo..…