Stun Gun

/ Sunday, September 22, 2013 /

Fuhh fuhh...hari ni aku melawat pameran Angkatan Tentera Malaysia. Sambil lepak - lepak santai pusing booth yang ada. Ada satu booth yang menarik perhatian aku. Depa bagi peluang kat aku nak rasa macam mana kena teser gun. Hehehe. Sebab aku tak penah kena dan tak tahu rasa macam mana. Aku ambil la peluang nak rasa.

Kebetulan masa nak ada 2 orang anggota PDRM (aku rasa dan yakin...walaupun dia pakai preman). Bertiga la kami dok berangkai. Aku paling kanan....heheh. Anggota ATM tu kira 1 2 3 ... breeeezzz!!!! .... mengeletar kejang kami. Hahahahah. Tapi masing - masing muka cool ja. Hensem dan bergaya..Tu baru 3 saat. Kalau 5 saat mau terbaring lentok kat situ.

Tak sakit.. best juga. Tak boleh nak kawal badan...semua otot kejang. Tak tau macam mana nak cakap.

Kesimpulan aku buat, otak menghantar isyarat elektrik kecil ikut tulang belakang melalui saraf -saraf ke otot untuk melakukan kerja yang diarahkan. Secara asasnya, elektrik yang disalurkan dari teser gun tu memasuki sistem saraf dan menghantar arahan berceramuk dan kucar kacir dalam bentuk elektrik dan meyebabkan otot-otot kejang dan serabut milo. Hahahaahah. Kalau salah tolong betulkan...

Macam mana rasa nya? Kena la cuba...

-
Harith @ SamGalaxy

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger