Alza Aku Kuat Makan Minyak Sikit Tetapi Mantap

/ Thursday, December 26, 2013 /
Assalammualaikum...
Minggu lepas aku tukar rim sukan dengan tayar baru. Hehehe. Boleh tengok nukilan yang lepas. Sedikit aku nak kongsi tentang minyak kereta ni lepas tukar dari tayar asal kilang saiz 185/55/R15 R16 dengan rim sukan asal Perodua Alza kepada rim replika TE37 SL dengan tayar saiz 204/45/R15 R16 
Sebelum ni kalau berpandukan sistem kereta ni tunjuk 7.5 liter bagi setiap 100KM secara anggaran dan sekarang 7.6 liter setiap 100KM secara puratanya. Maknanya minyak lebih 100 ml lebih dari biasa. Tetapi minyak ni akan naik sikit kepasa 7.7 liter setiap 100KM bila melalui jalan-jalan bandar. Mungkin sebab banyak kali perlahan dan berhenti di lampu isyarat. Apa-apa pun begantung dengan cara permanduan juga. Kalau bawa asyik tekan ja..tak tahu la.
Kalau hampa nak tahu, merujuk majalah ( gambar kat atas ni) Jepun yang aku cedok dari internet ni. Berikut tayar yang sesuai untuk Peroda Alza. Heheh...
Itu mungkin kelemahan pakai tayar lebar dan besar sikit. Tapi ada juga kelebihanya, apa aku rasa dan isteri aku rasa bila pandu guna tayar ni, terasa kemantapan bila mengambil selekoh dan kendalian terasa lebih tegap. Selain tu kuasa "pickup" terasa kurang sikit, maklum la...enjin 1500 cc ja. Hehe. Tapi secara keseluruhan mantap dan terbaik. Tak rugi mencuba. Habis bunga mungkin cuba saiz lain pulak. Hehe. Banyak duit aku... ☆☆☆☆☆
-
Harith @ SamGalaxy

1 comments:

{ Major Raidenovich } on: Thursday, May 22, 2014 at 4:59:00 PM GMT+8 said...

Tayar asal 55/15 kan?Kalau masuk rim 15 juga,maintainkan je tebal 55.So radius luar dia sama macam asal.Kalau masuk 16 tebal 45.Rim 17 confirm kena 40.Nak tebal boleh tapi kereta jadi berat.

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger