Dilema Kita di Dunia Semakin Mencabar dan Canggih

/ Thursday, December 19, 2013 /

Assalammualaikum...

Lama aku tak kemaskini laman naik sawang aku ni. Hahaha. Sekarang ni lepak ja kedai kopi memang tak boleh lari dengan topik kenaikan barang itu ini, minyak, tol, karan dan sebagainya. Kadang-kadang pelik juga aku dengan kepimpinan la ni yang mana dapat amanah untuk terajui negara ni lagi 5 tahun. Kata nak kurangkan bebanan sara hidup rakyat. Ramai juga pemimpian yang nak tunjuk jaguh....tapi ada juga yang kadang-kadang bercakap macam seorang budak tadika...Tak faham aku.

Aku pun pelik juga dengan perangai orang sekarangnya. Aku bercakap dengan apa aku nampak dan perhati orang sekeliling aku. Macam-macam komen... ketidakpuashatian yang aku dengar, tak kira mereka dari sebelah mana pun. Pada aku setuju atau tidak, itulah luahan isi hati rakyat yang patut pemimpin kita dengar. Terus dengar luahan rakyat macam aku dengar setiap kali aku melepak di kedai kopi. Jangan dengar sangat penasihat 25 Persen tu..hahahaaha.

(Berhenti perkena kopi sat...)

Aku masih ingat dulu-dulu. Masa keluarga aku hidup dalam kesusahan. Walaupun masa tu umur aku masih amat muda, comel ( ye ka? Hehehe... ) dan banyak benda aku tak mengerti pada waktu tu. Seingat aku, masa tu ayah aku hanya mampu pakai motor honda cup ja. Bawa kami anak beranak ulang alik. Kadang-kadang naik sampai 3 orang sekaligus. Tapi waktu tu boleb dikatakan semua barangan murah, minyak seringgit lebih dah penuh tangki. Jadi tak banyak belanja rumah ayah aku perlu kerluarkan secara logiknya. Tapi kenapa tak pakai kereta?.

Aku ingat lagi, dulu pagi-pagi aku suka singgah kedai mamak dekat kampung belakang pendang tu perkena roti canai bila mak aku bagi duit belanja lebih. Harganya 4 kupang sekeping. Naik ke 5 kupang. Masa tu terasa juga. Mak bagi duit dah la sikit ja. Aku rasa waktu tu aku yakin ramai juga mengadu barang naik.
Itu dulu, tapi sekarang lain. Rata-rata dari kita ni boleh dikatakan mampu pakai kereta. Mana tidaknya, budak baru habis belajar pun kerja dalam 3 bulan dah boleh pakai kereta. Paling-paling tidak kereta Perodua Viva. Ada yang mampu boleh tukar rim besar rota 8.5JJ hellaflush lagi tu. Hahaha. Ramai dari kita mampu pakai kereta..baik baru atau terpakai...dari kereta Perodua Kancil terpakai ke kereta Proton Perdana V6 Turbooo!!!. Sekarang memang tak macam dulu. Mungkin ada sekelumit dari kita masih lagi tak mampu. Tapi majoriti besarnya mampu, barangan sekarang berkali-kali ganda naik dari dulu. Harga minyak naik berkali-kali. Jalah diperbersarkan dan dijaga baik dan kos-kos perbelanjaan diterjemahkan kepada tol-tol bagi senang kereta pakai spring GAB dengan tayar siri 40 nak lalu. Hahahaha.

Pada hemat aku, orang sekarang kuasa membeli lebih tinggi dan tak ketinggalan harga barangan naik. Tapi nilainya pada aku tetap murah. Sebab orang masih mampu membeli dan setiap zaman akan terasa. Pada aku kita pun kena main peranan juga, kena faham keadaan dunia yang semakin hari semakin mencabar dan canggih ni. Dulu ayah aku naik motor honda cup, tapi sekarang dia boleh tersenyum, kerana depan rumah ayah aku ada 3 buah kereta ( 2 buah kereta keluaran Perodua dan 1 buah keluaran Nissan). Aku pun hanya mampu sebuah ja. heh!

Bagi diri aku, aku berusaha untuk lari dari jadi miskin bandar. Untuk mengelak diri dari terjerumus miskin bandar. Paling penting setiap perbelanjaan harian mesti dirancang dengan baik. Tak kira perbelanjaan dari jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Jangan terlalu mengikut tren sangat. Sentiasa berfikiran terbuka dan matang. Banyak lagi sebenarnya..

Sekian untuk kali ini.....

Wassalam..

-
Harith @ SamGalaxy

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger