Kasut Dan Stokin Baru Untuk Alza

/ Tuesday, December 24, 2013 /

Assalammualaikum...

Orang kata nak masuk tahun baru ni kena ada azam baru. Aku pulak ada kasut baru kat Alza aku...hehehehe.  Bukan apa.. tayar kereta aku dah retak semacam ja. Risau pulak nak bawa jauh-jauh. Nak balik kampung bukan dekat, kedah sana nuuu...jauh baQ ang.

Tapi orang kata, alang -alang nak tukar tayar, tukar la sekali rim. Heheheh. Setelah bincang-bincang dengan Puan Linda..kami cadang nak ambil rim jenis TE37 SL warna merah. Tiruan ja. Nak beli yang tulen mau dekat 7-8 ribu agaknya la...cukup la setakat rim taiwan. Orang kata rim taiwan dah makin berkualiti sikit.

Dalam pemilihan tayar, aku pilih corak macam corak No.1 gambar tayar kat atas ni. Aku pentingkan keselamatan dan barulah keselesaan. Maklum la MPV... kadang-kadang kena bawa banyak muatan.

Apa-apa pun harap semuanya OK dan yang paling penting bertambah kacakkkk!!! ♡♡♥♡♥♡♥♡♡♥

-
Harith @ SamGalaxy

0 comments:

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger