Skip to main content

Posts

Showing posts from 2014

Sokongan Komunikasi Radio

Assalammualaikum. Teringat aku dulu-dulu, masa nak dekat malam tahun baru atau hari raya. Mesti talian telefon sangat sibuk, nak sms pun payah. Hihi. Tapi zaman sekarang tak macam dulu dah. Slot untuk panggilan telefon dengan sms mesti banyak kosong sebab ramai dah guna data. Untuk Whatsapp, Facebook dan sebagainya. Hihi.Beberapa hari lepas, kat kawasan rumah aku blackout. Aku perasan yang talian telefon bimbit aku tak liputan. Celcom la ceritanya ni. Tu sebab pencawang tak ada elektrik la tu. HihiAndai kata tempat ni mengalami banjir besar atau kejadian yang menyebabkan telekomunikasi kita lumpuh. Orang mesti suaha nak berhubung, terutamanya nak minta bantuan dan untuk dapatkan maklumat terkini. Jadi nak dijadikan cerita, aku ada simpan radio amatur jenis icom murah dalam bag aku termasuk bateri lebih. Mana la nak tahu. Boleh QSO minta bantuan atau dengar berita. Radio ni pun boleh terima gelombang FM. Dapat dengar radio jika ada sebarang berita. Hihi.

Setup Yamaha 135LC Terbaru

Aduh. Dalam dilema aku. Nak pakai ekzos perang ka nak pakai modi senyap. Tak berapa sedap la pakai ekzos senyap ni. Semput sangat. Huhu.

Ni spefikasi motor aku la ni:
Yamaha 135LC Super Sport Tahun 2010.
Semua asal lagi, kecuali pakai block Uma Racing 62mm, kaburator Kenihin PWK Thailand 28mm, high cam CMS, Spring valve keras, klach lumba dan ekzos modi perang ( tukar ekzos standard v2 modi manifold 28mm untuk meronda dalam taman = cam taik).
Hasilnya orang kata Standard Modi ja. Boleh la nak rapat meter. Tu pun selalu  makan asap juga. Hahahah.
-
Harith Sent from my Sony Xperia™ smartphone.

Lawak Geek

Lawak... -
HarithSent from my Sony Xperia™ smartphone.

Tukar Minyak Hitam Yamaha 135LC

Hari ni tukar minyak hitam. Kali kedua pakai minyak Shell Rimula R4 X. Memang puas hati.Enjin senyap dan memang power..aku dah serik pakai minyak sentetik penuh. Minyak tipis sangat, piston ring tak dapat tapis dan minyak masuk ruangan pembakaran.-
HarithSent from my Sony Xperia™ smartphone.

No Telefon Kecemasan dan Penting

Polis & Ambulan  999
Kebakaran 994
Pertahanan Awam 991
Dpd Telefon Bimbit 112TNB 15454Telekom (kerosakan) 100
Operator - Domestic 101
Permintaan No Telefon103
Perkhidmatan Telegram  100
Operator - Antarabangsa 101BADAN BERKUASA TEMPATANDBKL 03 2693 4531
MPAJ 03 4296 8000
MPK 03 3371 6044
MPPJ03 7956 3544
MBSA 03 5510 5133
MPSJ 03 8026 3131JABATAN KERAJAAN
Bank Negara 03 2698 8044
Bukit Aman 03 2262 6222
Customs 03 6201 6088
Domestic Trade 03 2274 2100
KWSP 03 2694 6566
Foreign Affairs 03 8887 4000
Home Affairs 03 8886 8000
Sumber Manusia03 8886 5000
Kastam 03 2093 9181
LHDNM 1-800-88-5436
JAKIM 03 8886 4000
JPJ03 2094 5666
KLSE 03 2026 7099
Meteorology 03 7958 7422
MIDA 03 2095 3633
MIMOS 03 8996 5000
SIRIM 03 5544 6000
SOCSO 03 4253 5320
Jabatan Haiwan03 2094 0077SYARIKAT KEMUDAHAN UTILITI
Alam Flora 03 2052 7922
Indah Water 1 800 88 3495
SYABAS 1 800 88 5252
Pos Malaysia 03 2274 4141
Telekom 03 2020 9494
Tenaga Nasional 03 2282 5566MAKLUMAT…

Tukar Cermin Depan

Tadi lepas sembayang Jumaat. Sempat aku ke B.B.Bangi Seksyen 6 tukar cermin.Tukar free jaa..sebab aku ada insuran cermin. Nak pi tu..aku buat laporan polis dulu kata nak buat tuntutan insuran. Pastu jangan lupa bawa salinan geran, salinan polisi insuran, salinan kad pengenalan dan salinan lesen. Hihi. Jangan risau..kedai tu ada mesin fotokopi. HihiLepas ni kena bawa tinted lak. Tapi apek tu suruh jangan buat apa-apa lagi....tunggu 3 hari.-
HarithSent from my microwave.

Tidur Dalam Kereta Edisi Jimat Minyak

Sudah jadi kebiasaan aku waktu aku balik kampung kat Kedah. Selalunya mesti aku kena berhenti tidur sebab tak tahan memandu lama-lama. HahahaKalau bab tidur kat RNR ni banyak benda kena perhatikan. Faktor utama keselamatan. Pastikan berhenti kat RnR dan elakkan berhenti di perhentian. Sebab banyak kes samun dan sebagainya jadi kat pehentian. Selalunya perhentian ni tak ramai orang.Tidur dalam kereta ni memang panas sikit. Walaupun hari hujan. Selalunya orang hidupkan enjin dan pasang pengahawa dingin. Bagi aku ni membazir minyak dan bahaya juga sebab banyak kes orang mati dalam kereta sebab terhidu asap.Cara aku mudah ja nak.sejukan dalam kereta tanpa hidupkan kenderaan. Berbekalkan Power Bank telefon tu dan kipas kecil yang puncanya dari USB. Selalunya kipas ni orang pasang kat Komputer. Hihi. Dengan berbekalkan Power Bank jenama Pineng asli ni...untuk 6 jam pengunaan cuma turun dalam 20% sahaja. Tu pun aku pasang 2 kipas. Hihi. Jimat kan? Sebelum balik kampung....cas dulu. Boleh cas…

Peminat Barangan Kulit Buatan Kickers?

Adakah aku ni peminat Kickers? Banyak pulak bag kickers aku ada. HihiBag kerja, bag silang dan bag duit beli untuk bini aku. Bag klach dan bag duit aku.Kickers ja mampu kalau barangan kulit ni...selain tu barang kulit beli kat Bundle banyak la. Hihi-
HarithSent from my microwave.

Hari Keluarga RHB Tempat Kerja Isteri Aku

Teman isteri aku pergi hari keluarga pejabat dia hari ni. Lip lip panas aih... 😀Daftar dapat baju tee 2 helai...pastu ada cabutan bertuah. Ingatkan dapat la TV kaa.. Gerek kaa..paling dak pun hamper tu. Tapi tak dapat. Belum rezeki ni. Hihihi-
HarithSent from my microwave.

Minyak enjin jenis diesel untuk Yamaha 135LC.

Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.Nasihat aku...kalau nak …

Harga Barang-barang Makanan di Pasar Kuala Lumpur 1897

Harga barangan makanan di Pasar Besar Kuala Lumpur. Murah kan? Kalau harga macam ni la ni...mesti syok. Hihi

Tapi waktu ni..harga kupang-kupang ja pun ada ramai yang tak mampu nak beli. Pi pasar naik basikal bawa seringgit dua ja ni. Maklum la gaji dua tiga ratus ja sebulan. Tu bagi yang mampu...bagi yang tak mampu..dua tiga kupang ja kot.

Orang sekarang ja pergi pasar naik kereta..tu pun mengeluh harga mahal. Aku rasa sama ja kot. Waktu ni pun ada yang tak mampu.... tapi yang paling kuat mengeluh orang yang pi pasar naik kereta tu. Hihihi.

Dulu dengan sekarang tak banyak beza...kadar ratio atau nisbah lebih kurang ja. Cuma orang sekarang ni mencabar sikit..kena banyak berusaha untuk hidup selesa...lagi-lagi orang bandar. Jadi jangalah mengeloh yaa....

Sekadar pendapat peribadi...

-
Harith Sent from my microwave.

Kabarator Minyak Melimpah ( Overflow)

Lama betul tak kemaskini blog ni. Saja nak cerita sikit pasai sistem kaberator motor yamaha 135 lc aku. Takdak la yang luar biasa pun. Heheh. Sekarang ni aku pakai kaberator jenis Kenihin PWK 28 original no 2 kononya. Hahaha. Kaberator buatan Thailand...harga dalam RM 170 ja. Nak pakai jenama UMA tak mampu lak. Hihi.Berbalik kepada cerita kaberator aku buat masaalah ni. Tak tau pasai apa...pagi tadi macam nak patah kaki aku hidupkan motor. Tapi tak berjaya. Periksa palam pencucuh...basah ja. Cuci pun tak boleh juga. Aku syak kaberator aku buat hal.Jadi kerja-kerja mencuci kaberator ni bermula. Baraikan semua..cuci pakai sabun basuh baju...keringkan guna pengering rambut dan tiup lubang liang yang ada untuk pastikan tidak disekat.Lepas tu pasang..Alhamdullilah. Motor ku kembali menyusur jalan dengan cemerlang...hihii.-
HarithSent from my microwave.

Selesai Naik Taraf Ke Andriod 4.4.2

Berjaya juga naik taraf dari Andriod 4.2.2 ke 4.4.2. Penat aku flash dua tiga kali, asyik keluar error return code 2 ja....rupanya kena naik taraf Bootloader dulu. Hehehe. Apa-apa pun versi baru ni memang terbaik dan ringan. Sesuai dengan peranti Samsung Galaxy Tab 2 yang dikuasi 1GHz CPU dan 1GB RAM ni. Terbaik!!!!

Dam Ular

Lama tak main dam ular. Tadi lepas beli barang rumah, aku beli sekali dam ular. Harga pun RM1 ja. Heheh. Main dengan bini aku dan aku kalah. Hahaha. Cis!! ♡♡♡♡

Basuh Yamaha 135LC Aku

Wei. Lama betul aku tak basuh motor, sampai naik berketul-ketul minyak. Rasanya hampir 1 tahun. Hahaha. ☆☆☆☆☆

Casio G-shock DW-5600MS "The Men In Rusty Black"

Assalammualaikum...Pejam celik..pejam celik dah nak masuk 5 tahun aku pakai jam ni. Sebenarnya ni jam ke dua aku beli. Yang pertama casio juga. Tapi jenis Casio tali besi. Aku tak pasti lak model apa. Jam tu ada dengan adik aku la ni. Tak tau la apa nasib dengan jam tu. Huhuhu...Model jam aku ni adalah Casio G-shock DW-5600MS. Model jam edisi terhad yang dikeluarkan inspirasi tentera. Sedikit petikan aku ambil dari laman web Casio International.---------
The new military inspired series represents some of the very best of the tough and durable designs from the G-Shock ORIGIN and MASTER OF G line-ups. Featuring a stealth, matte black finish to the band and case including the watch buttons that are ion plated to a black finish.
----------Sedikit aku nak kongsi pasal pengalaman dan permerhatian aku dengan jam Casio G-Shock ni. Kalau hampa perasan, kat plat belakang badan jam ni, ada tulis "St.Steel Made in Thailand". Maknanya plat besi belakang tu dibuat di Thailand. Bukany…