Friday, January 17, 2014

Basuh Yamaha 135LC Aku

Wei. Lama betul aku tak basuh motor, sampai naik berketul-ketul minyak. Rasanya hampir 1 tahun. Hahaha. ☆☆☆☆☆

Tuesday, January 14, 2014

Casio G-shock DW-5600MS "The Men In Rusty Black"

Assalammualaikum...

Pejam celik..pejam celik dah nak masuk 5 tahun aku pakai jam ni. Sebenarnya ni jam ke dua aku beli. Yang pertama casio juga. Tapi jenis Casio tali besi. Aku tak pasti lak model apa. Jam tu ada dengan adik aku la ni. Tak tau la apa nasib dengan jam tu. Huhuhu...

Model jam aku ni adalah Casio G-shock DW-5600MS. Model jam edisi terhad yang dikeluarkan inspirasi tentera.

Sedikit petikan aku ambil dari laman web Casio International.

---------
The new military inspired series represents some of the very best of the tough and durable designs from the G-Shock ORIGIN and MASTER OF G line-ups. Featuring a stealth, matte black finish to the band and case including the watch buttons that are ion plated to a black finish.
----------

Sedikit aku nak kongsi pasal pengalaman dan permerhatian aku dengan jam Casio G-Shock ni. Kalau hampa perasan, kat plat belakang badan jam ni, ada tulis "St.Steel Made in Thailand". Maknanya plat besi belakang tu dibuat di Thailand. Bukanya jam ni keseluruhan dibuat dari sana. Kalau tak silap aku, aku penah jumpa jam kawan aku yang plat belakang dibuat di China dan ada dari Jepun (Jam model lama ja dapat jumpa) kualitinya memang tak dapat dibezakan. Tapi kalau tali jam dan termasuk badan luar ( bukan badan enjin jam ) dibuat di Jepun macam jam aku kualitinya boleh dibezakan dengan dibuat di China. Kualiti getah dari Jepun lebih baik dan nampak lebih berkualiti. Kalau negara lain aku tak pasti pulak. Setakat ni jumpa dari Jepun dan China saja. Kalau bab enjin aku tak pasti macam mana nak periksa. Tapi aku harap enjin dalam tu dari yang berkualiti juga. Huhuhu.

Apa-apa pun berhati-hati kalau nak beli jam ni. Takut kena tiruan. Kalau beli kat pasar malam lain cerita. Beli pun sebab warna cantik ja. Hehehe..

Cerita punya cerita, tujuan aku buat pos ni sebab aku nak cerita yang aku tukar bateri baru. Dah 5 tahun berkhidmat tanpa gagal dengan aku. Bateri asal jam ni perlu diganti. Aku pi hantar kedai jam yang aku rasa boleh di percayai di Cheras. Tukar bateri yang elok dan bagus. Kena pow RM 25. Kopakk!!. Tapi yang penting jam dan aku sentiasa kacak. Wahahahaha!!! ♡♡♡♡

Hurmm..teringat jam Sekio 5 Automatik aku dalam laci meja solek bini aku. Tak tau la apa nasib dia. :(

-
Harith @ SamGalaxy