Peminat Barangan Kulit Buatan Kickers?

/ Sunday, September 28, 2014 /

Adakah aku ni peminat Kickers? Banyak pulak bag kickers aku ada. Hihi

Bag kerja, bag silang dan bag duit beli untuk bini aku. Bag klach dan bag duit aku.

Kickers ja mampu kalau barangan kulit ni...selain tu barang kulit beli kat Bundle banyak la. Hihi

-
Harith

Sent from my microwave.

Hari Keluarga RHB Tempat Kerja Isteri Aku

/ Saturday, September 27, 2014 /

Teman isteri aku pergi hari keluarga pejabat dia hari ni. Lip lip panas aih... 😀

Daftar dapat baju tee 2 helai...pastu ada cabutan bertuah. Ingatkan dapat la TV kaa.. Gerek kaa..paling dak pun hamper tu. Tapi tak dapat. Belum rezeki ni. Hihihi

-
Harith

Sent from my microwave.

Minyak enjin jenis diesel untuk Yamaha 135LC.

/ Sunday, September 21, 2014 /

Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.

Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.

Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.

Nasihat aku...kalau nak cuba. Jangan terus beli yang 5 liternya. Beli yang 1 liter dulu. Pakai untuk beberapa hari. Kalau clutch slip tak terjadi atau masaalah lain tak terjadi. Teruskan ja pakai...kalau ya. Tukar balik minyak jenis lain..pilih pengeluar minyak enjin diesal lain. Apa yang penting bagi motorsikal 4 lejang ni...jangan kering minyak enjin ja. Kalau tidak....paham paham ja lah. Hihihi.

Berani mencuba??...😁😁

-
Harith

Sent from my microwave.

Harga Barang-barang Makanan di Pasar Kuala Lumpur 1897

/ /

Harga barangan makanan di Pasar Besar Kuala Lumpur. Murah kan? Kalau harga macam ni la ni...mesti syok. Hihi

Tapi waktu ni..harga kupang-kupang ja pun ada ramai yang tak mampu nak beli. Pi pasar naik basikal bawa seringgit dua ja ni. Maklum la gaji dua tiga ratus ja sebulan. Tu bagi yang mampu...bagi yang tak mampu..dua tiga kupang ja kot.

Orang sekarang ja pergi pasar naik kereta..tu pun mengeluh harga mahal. Aku rasa sama ja kot. Waktu ni pun ada yang tak mampu.... tapi yang paling kuat mengeluh orang yang pi pasar naik kereta tu. Hihihi.

Dulu dengan sekarang tak banyak beza...kadar ratio atau nisbah lebih kurang ja. Cuma orang sekarang ni mencabar sikit..kena banyak berusaha untuk hidup selesa...lagi-lagi orang bandar. Jadi jangalah mengeloh yaa....

Sekadar pendapat peribadi...

-
Harith
Sent from my microwave.

Kabarator Minyak Melimpah ( Overflow)

/ Saturday, September 20, 2014 /

Lama betul tak kemaskini blog ni. Saja nak cerita sikit pasai sistem kaberator motor yamaha 135 lc aku. Takdak la yang luar biasa pun. Heheh. Sekarang ni aku pakai kaberator jenis Kenihin PWK 28 original no 2 kononya. Hahaha. Kaberator buatan Thailand...harga dalam RM 170 ja. Nak pakai jenama UMA tak mampu lak. Hihi.

Berbalik kepada cerita kaberator aku buat masaalah ni. Tak tau pasai apa...pagi tadi macam nak patah kaki aku hidupkan motor. Tapi tak berjaya. Periksa palam pencucuh...basah ja. Cuci pun tak boleh juga. Aku syak kaberator aku buat hal.

Jadi kerja-kerja mencuci kaberator ni bermula. Baraikan semua..cuci pakai sabun basuh baju...keringkan guna pengering rambut dan tiup lubang liang yang ada untuk pastikan tidak disekat.

Lepas tu pasang..Alhamdullilah. Motor ku kembali menyusur jalan dengan cemerlang...hihii.

-
Harith

Sent from my microwave.

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger