Minyak enjin jenis diesel untuk Yamaha 135LC.

/ Sunday, September 21, 2014 /

Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.

Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.

Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.

Nasihat aku...kalau nak cuba. Jangan terus beli yang 5 liternya. Beli yang 1 liter dulu. Pakai untuk beberapa hari. Kalau clutch slip tak terjadi atau masaalah lain tak terjadi. Teruskan ja pakai...kalau ya. Tukar balik minyak jenis lain..pilih pengeluar minyak enjin diesal lain. Apa yang penting bagi motorsikal 4 lejang ni...jangan kering minyak enjin ja. Kalau tidak....paham paham ja lah. Hihihi.

Berani mencuba??...😁😁

-
Harith

Sent from my microwave.

15 comments:

{ Mr Lonely Beast } on: Saturday, October 15, 2016 at 11:45:00 AM GMT+8 said...

Tuan masih lagi pakai minyak hdeo pada lc tuan k? Mcm mana skrang, saya nubis lagi bab ni. Risau lak. Hahahaha.
-ZackY15ZR

{ Mr Lonely Beast } on: Saturday, October 15, 2016 at 11:45:00 AM GMT+8 said...

Tuan masih lagi pakai minyak hdeo pada lc tuan k? Mcm mana skrang, saya nubis lagi bab ni. Risau lak. Hahahaha.
-ZackY15ZR

{ محمد هاريت } on: Tuesday, October 18, 2016 at 9:51:00 AM GMT+8 said...

masih lagi...motor dah tua. kdg2 masuk baki EO kereta aku...hahah. Alhamdullilahh...enjin masih OK sampai la ni....

{ Brahim Akib } on: Wednesday, October 19, 2016 at 9:09:00 AM GMT+8 said...

Tuan, saya pun baru nk try guna minyak ni kt lc lama saya.. Perlu tuang habis sebotol or tinggal suku ja tuan.. Sbb saya jenis long distance g keja.. Mintak pendapat..

{ محمد هاريت } on: Friday, October 21, 2016 at 11:44:00 AM GMT+8 said...

Tuan Brahim.

Pertama saya ni bukan pakar kejuruteraan bendalir...hehe. Tp ada sedikit pengalaman boleh dikongsi, bagi saya jangan tuang habis, selalunya dalam 800ml dah cukup. Seeloknya sukat EO ikut penyukat tu.

Untuk long distance sesuai HDEO ni...tak macam minyak mineral cepat meruap panas dan kualiti minyak akan berkurangan....HDEO ni lambat meruap seperti synthetic EO.

Enjin lama yg xpenah overhaul...selalunya gasket, oil seal ni dah xelok.....synthetic EO ni halus...tu keluar hitam2 kt enjin..... pilihan guna HDEO ni salah satu alternatif nak guna minyak tahan panas, ada bahan pencuci dan paling penting murah dan berbaloi...

tuan boleh cari geng2 pengguna HDEO dalam fb...ada banyak otai2 kat sana...

Wassalam

{ Unknown } on: Wednesday, January 4, 2017 at 7:42:00 PM GMT+8 said...

Salam.. Sy guna hdeo ni kt naked z250.. Yg mobil dan castrol.. Alhamdulillah stakat ni x da pape masalah.. Terbaik

Anonymous on: Monday, February 27, 2017 at 12:47:00 PM GMT+8 said...

saya pakai kt kete. 2 biji turbo. blh tahan semut. mmg terus pakai. shell rimula r5 semi. lps ni nak try r6 fully pulak.

{ faisal masri } on: Thursday, May 4, 2017 at 6:00:00 PM GMT+8 said...

Boleh gna kt ex5 tak??

{ faisal masri } on: Thursday, May 4, 2017 at 6:02:00 PM GMT+8 said...

Boleh gna kt ex5 tak??

{ محمد هاريت } on: Thursday, May 4, 2017 at 6:06:00 PM GMT+8 said...

Boleh..ramai dh guna skrg ni. Boleh tgk dlm utube dn fb....cuba dulu boss.

{ محمد هاريت } on: Thursday, May 4, 2017 at 6:07:00 PM GMT+8 said...

Tetbaik tu...sya pakai jb-det kancil jer...mmg suprbe.

{ محمد هاريت } on: Thursday, May 4, 2017 at 6:08:00 PM GMT+8 said...

Z250 pun pakai hdeo? Terbaik tu tuan...

{ ejad-ijat } on: Friday, June 2, 2017 at 12:30:00 AM GMT+8 said...

Boleh pakai kat belang x? Jenis yg mcm mna ?

{ محمد هاريت } on: Friday, June 2, 2017 at 8:47:00 AM GMT+8 said...

boleh tuan...budak2 belang yg ajar sumbat laici sya.

{ محمد هاريت } on: Friday, June 2, 2017 at 8:47:00 AM GMT+8 said...

boleh tuan....ramai dah pakai.

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger