Friday, October 10, 2014

Tukar Cermin Depan

Tadi lepas sembayang Jumaat. Sempat aku ke B.B.Bangi Seksyen 6 tukar cermin.

Tukar free jaa..sebab aku ada insuran cermin. Nak pi tu..aku buat laporan polis dulu kata nak buat tuntutan insuran. Pastu jangan lupa bawa salinan geran, salinan polisi insuran, salinan kad pengenalan dan salinan lesen. Hihi. Jangan risau..kedai tu ada mesin fotokopi. Hihi

Lepas ni kena bawa tinted lak. Tapi apek tu suruh jangan buat apa-apa lagi....tunggu 3 hari.

-
Harith

Sent from my microwave.

Tuesday, October 7, 2014

Tidur Dalam Kereta Edisi Jimat Minyak

Sudah jadi kebiasaan aku waktu aku balik kampung kat Kedah. Selalunya mesti aku kena berhenti tidur sebab tak tahan memandu lama-lama. Hahaha

Kalau bab tidur kat RNR ni banyak benda kena perhatikan. Faktor utama keselamatan. Pastikan berhenti kat RnR dan elakkan berhenti di perhentian. Sebab banyak kes samun dan sebagainya jadi kat pehentian. Selalunya perhentian ni tak ramai orang.

Tidur dalam kereta ni memang panas sikit. Walaupun hari hujan. Selalunya orang hidupkan enjin dan pasang pengahawa dingin. Bagi aku ni membazir minyak dan bahaya juga sebab banyak kes orang mati dalam kereta sebab terhidu asap.

Cara aku mudah ja nak.sejukan dalam kereta tanpa hidupkan kenderaan. Berbekalkan Power Bank telefon tu dan kipas kecil yang puncanya dari USB. Selalunya kipas ni orang pasang kat Komputer. Hihi.

Dengan berbekalkan Power Bank jenama Pineng asli ni...untuk 6 jam pengunaan cuma turun dalam 20% sahaja. Tu pun aku pasang 2 kipas. Hihi. Jimat kan? Sebelum balik kampung....cas dulu. Boleh cas telefon sama. Hahahah.

Modal:
1) Power Bank Pineng (asli tau...la ni banyak tiruan..boleh cas telefon sama)  = RM70 satu
2) Kipas Meja Kecil untuk PC (aku beli dua) = RM20 satu

Jimat dan selamat.....

-
Harith

Sent from my microwave.