Tidur Dalam Kereta Edisi Jimat Minyak

/ Tuesday, October 7, 2014 /

Sudah jadi kebiasaan aku waktu aku balik kampung kat Kedah. Selalunya mesti aku kena berhenti tidur sebab tak tahan memandu lama-lama. Hahaha

Kalau bab tidur kat RNR ni banyak benda kena perhatikan. Faktor utama keselamatan. Pastikan berhenti kat RnR dan elakkan berhenti di perhentian. Sebab banyak kes samun dan sebagainya jadi kat pehentian. Selalunya perhentian ni tak ramai orang.

Tidur dalam kereta ni memang panas sikit. Walaupun hari hujan. Selalunya orang hidupkan enjin dan pasang pengahawa dingin. Bagi aku ni membazir minyak dan bahaya juga sebab banyak kes orang mati dalam kereta sebab terhidu asap.

Cara aku mudah ja nak.sejukan dalam kereta tanpa hidupkan kenderaan. Berbekalkan Power Bank telefon tu dan kipas kecil yang puncanya dari USB. Selalunya kipas ni orang pasang kat Komputer. Hihi.

Dengan berbekalkan Power Bank jenama Pineng asli ni...untuk 6 jam pengunaan cuma turun dalam 20% sahaja. Tu pun aku pasang 2 kipas. Hihi. Jimat kan? Sebelum balik kampung....cas dulu. Boleh cas telefon sama. Hahahah.

Modal:
1) Power Bank Pineng (asli tau...la ni banyak tiruan..boleh cas telefon sama)  = RM70 satu
2) Kipas Meja Kecil untuk PC (aku beli dua) = RM20 satu

Jimat dan selamat.....

-
Harith

Sent from my microwave.

2 comments:

Anonymous on: Thursday, September 22, 2016 at 3:10:00 PM GMT+8 said...

terbaik bro

{ محمد هاريت } on: Friday, September 23, 2016 at 8:52:00 AM GMT+8 said...

hahaa..xbuat lagi dah. anak2 xselesa..

Post a Comment

 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger