Wednesday, December 24, 2014

Sokongan Komunikasi Radio

Assalammualaikum. Teringat aku dulu-dulu, masa nak dekat malam tahun baru atau hari raya. Mesti talian telefon sangat sibuk, nak sms pun payah. Hihi. Tapi zaman sekarang tak macam dulu dah. Slot untuk panggilan telefon dengan sms mesti banyak kosong sebab ramai dah guna data. Untuk Whatsapp, Facebook dan sebagainya. Hihi.

Beberapa hari lepas, kat kawasan rumah aku blackout. Aku perasan yang talian telefon bimbit aku tak liputan. Celcom la ceritanya ni. Tu sebab pencawang tak ada elektrik la tu. Hihi

Andai kata tempat ni mengalami banjir besar atau kejadian yang menyebabkan telekomunikasi kita lumpuh. Orang mesti suaha nak berhubung, terutamanya nak minta bantuan dan untuk dapatkan maklumat terkini.

Jadi nak dijadikan cerita, aku ada simpan radio amatur jenis icom murah dalam bag aku termasuk bateri lebih. Mana la nak tahu. Boleh QSO minta bantuan atau dengar berita. Radio ni pun boleh terima gelombang FM. Dapat dengar radio jika ada sebarang berita. Hihi.