Buat Pelita Dari Barangan Asas Dapur (Tanpa Minyak Tanah & Lilin)

/ Tuesday, January 13, 2015 /
Assalammualaikum..
Macam mana kalau tiba-tiba "blackout" dan rumah tak ada lilin a atau pelita. Jadi kali ni aku nak berkongsi sedikit cara macam mana nak buat pelita dengan menggunakan barang asas di dapur.
Caranya mudah saja, kebanyakan orang berniaga kedai makan selalu buat untuk halau lalat. Apa yang perlu ada cuma minyak masak baru atau terpakai, percah kain jenis kapas sebagai sumbu, bekas seperti tin susu atau mangkuk dan benda boleh apungkan perca kain tersebut.
Mula-mula isi bekas dengan minyak, sumbu tadi  potong macam tali lebih kurang 3 inci. Separuh direndamkan dalam minyak tersebut dan separuh lagi diatas permukaan. Jadi gunalah apa-apa yang boleh pegang sumbu tu. Bila dah siap, nyalakan sumbu dengan pemetik api atau pakai kertas ambil api dari dapur gas. Ok. Siap..
Kalau nak besarkan api, besarkan sumbu yang terapung tu. Ujian aku ni, aku guna mangkuk kaca. Minyak jadi panas buat aku risau mangkuk pecah. Hahaha.
Kalau hampa hebat, boleh susun tin susu banyak-banyak dan buat pelita macam ni juga, isi air separuh baru isi minyak masak. Kalau nak penuhkan tin susu dengan minyak rugi lak. Sebab minyak akan berada diatas dan air ada di bawah. Lepas tu letak periuk... boleh masak nasi. Hahaha. Cuma jelaga tu takpayah tanya la.
Cubaan aku ni bertahan lebih dari 5 jam. Cuma aku terpaksa padam sebab minyak makin panas. Takut pecah mangkuk bini aku lak. Hihihi.
Selamat mencuba.
 
Copyright © 2010 Budak Belemoih™, All rights reserved
Design by DZignine. Powered by Blogger