Wednesday, January 15, 2025

Tuesday, July 9, 2024

Muzium Al Quran Narathiwat



Alhamdullilah. Dapat juga sampai bawa anak-anak ziarah Muzium Al-Quran di Nadathiwat, Thailand. Aku dah lama berhasrat nam bawa keluarga ke sini. Sebenarnya ni kali ke 3 kami ke Narathiwat. Kali pertama dan kedua hanya merayau tapi pantai dan melawat masjid lama dan tak ketinggalan aktiviti  isi perut saja. Isi perut sampai terlupa tujuan awal. . Tapi syukur sangat kali ni kami berkesempatan sampai. Best juga kehadiran kami disambut mesra oleh tuan rumah. InsyaAllah kami akan hadir lagi. 殺

----
Siapa Kata Kayu Tak Lendek
Lepas Lendek Lendal Pula
Siapa Kata Melayu tak Cerdik
Lepas Cerdik Pandai Pula...
----

Sunday, June 30, 2024

Melawat Tapak Arkeologi Sungai Batu, Kedah


Bawa anak-anak melawat tapak arkeologi Sungai Batu,Merbok, Kedah Darul Aman.

Tengok besi Qala'a (Kedah Tua) yang dikatakan untuk membuat pedang Rasulullah SAW.

Tuesday, October 3, 2023

Jalan-Jalan Hat Yai


jalan-jalan Hat Yai. Boleh pulak terjumpa pak menakan dan sepupu. Boleh jadi percutian besar.Tak banyak aku nak update sebab tak banyak aku ambil gambar pun. Lepas ni nk belajar tulis blog yang menarik sikit.

Tuesday, April 26, 2022

Motorsikal Baru - Suzuki Raider 150

Lama tunggu motor ni masuk balik. Akhirnya dapat tengok. Dah booking. Tunggu sampai ja. Tokei kedai cakap dalam 1bulan. Adeh..

Monday, February 26, 2018

Pejabat Kabin @ Sendiri Bos, Sendiri Kuli

Alhamdullilah, siap juga kerja-kerja pemasangan pejabat baru syarikat perniagaan online dan agen insuran general aku. Lepas ni semua stok online aku sumbat dalam kabin. Jadi tak la semak sangat rumah aku.

Kos semua hampir RM12 ribu. Boleh dikatakan jauh lebih murah kalau aku buat binaan batu.

Aku penah tanya, Tukang rumah Indonesia minta stanby RM15K untuk buat binaan batu. Tu tak termasuk kerja-kerja pendawaian dan lain-lain lagi. Hahahaha!!!

Secara kasarnya ni kos aku kena tanggung.

Kabin 20"x10" heavy duty = RM6000
Penghantaran = RM300
Lantai siap tulang besi = RM1000
Aircon 1HP Inverter = RM1150
Awning + Grill = RM1800
Wiring (earthing) + Deposit TNB = RM1800

Total RM12,050

Signboard tu boleh buat lagi. Tu maybe dalam RM1500. Duit tepi-tepi keluar dari dompet mem​ang aku dah tak ingat. Haha

Tapi berbaloi sangat. Dari aku ulang alik kerja dengan orang. Nak makan pun  kena minta kebenaran. Huhu

Kenduri Akikah Risha @ 24/02/2018



Alhamdullilah, selesai juga majlis kenduri akikah anak perempuan aku ni. 😃