Tuesday, November 29, 2011
Sunday, November 27, 2011
Servis motorku
Hari tu aku hantar service motor, cukup la dengan tukar minyak hitam jenis Shell dan penapis minyak.
Masaalah klach aku tak buat lagi, takdak duit lagi. :(
Friday, November 25, 2011
Apa bakti aku kepada negara?
Jangan ditanya apa negara kita boleh buat kepada kita, tetapi tanya apa kita boleh buat kepada negara. Aku tak mampu mengankat senjata untuk mempertahankan negara, menubuhkan syarikat berjaya dan memberi banyak peluang perkerjaan atau menjulang nama negara di persada dunia. Sebagai sorang yang kedil (walaupun gemuk) jadilah dengan sedikit bakti yang mampu aku beri.
Tadi pagi aku sempat ke Pusat Darah Negara Malaysia. Buat derma darah. Kali terakhir aku derma bulan 3 tahun ni. Ni kali pertama aku derma di PDNM. Layanan terbaik dan mesra. Siap disediakan makanan dan percuma rantai kunci yang ada jenis darah. (Rantai kunci darah "O" dah habis, jadi dia bagi "B").
Ok, dah pukul 1, kena gi solat jumaat.. ;)
Wednesday, November 23, 2011
Makan malam bersama Maz
Lepas balik kerja semalam. Kami lepak-lepak makan malam di Perantau Hill Restoran & Katering di Bangi. Tak jauh dari Komplek RHB.
Tempat dia menarik, ada lukisan mural permandangan sawah padi dan gunung jerai. Aku memang yakin owner dia orang kedah. Juruwang pun cakap kedah piaw. Makanan sampai cepat dan sedap. ;)
Tuesday, November 22, 2011
Harimau Muda membaham Garuda
Yahoooooo!! Malaysia menang dengan Indonesia. Terbaeekkk!!!
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.
Sunday, November 20, 2011
Motorku mula nak buat perangai
Aduhai motorku..dah mula nak buat perangai dah. Rod berbunyi dan clutch pun dan susah nak masuk. Semua ni pasai selalu merembat la. Thailand dan pusing Malaysia tak tau dah berapa kali dah. Mungkin dah sampai masanya nak kena servis...
Saturday, November 19, 2011
Terjumpa web lama dalam web.archive.org
Gila terkejut aku, sambil-sambil dok melayari internet. Dengan tidak sengaja terjumpa laman web lama aku. Hahaha. Memang kelakar habis la bila baca.
Godek punya godek. Rupanya web ni memang still LIVE selepas beberapa tahu dan aku sendiri pun lupa.
Syarikat hosting free tu pun dah kena beli. Hehehehe. Sekarang ni tengah cari cara nak log masuk ke akaun tu. Sudah tentu la password pun aku lupa. Banyak tahun tu beb..
Godek punya godek. Rupanya web ni memang still LIVE selepas beberapa tahu dan aku sendiri pun lupa.
Syarikat hosting free tu pun dah kena beli. Hehehehe. Sekarang ni tengah cari cara nak log masuk ke akaun tu. Sudah tentu la password pun aku lupa. Banyak tahun tu beb..
Thursday, November 17, 2011
Bakso, nescafe tarik dan surat khabar.
Makan tengah hari hari ini di Sungai way, selangor. Sambal dia pedas menyegat. Boh sikit pun berpeluh-peluh.. Pergghh!!!
Wednesday, November 16, 2011
Farewell Lunch TMX
Tadi ada makan-makan free kat pejabat aku semperna hari terakhir aku dan dua orang pejabat aku naresh dan sha. Ntah apa-apa la aku cakap tadi. Hahaha.. Apa-apa pun aku sempat makan 3 ketul ayam. Alhamdullilah... ;)
Tuesday, November 15, 2011
Sirap obat batuk hitam, meredakan batuk berdahak dan pilek
Hari ini aku seharian batuk, teringat bag ubat aku dalam loker. Tiba_tiba terjumpa ubat batuk yang aku beli masa di Medan, Indonesia hari tu. Tarikh luput 2012. Apa lagi. Cepat-cepat la aku koyak sepeket minum. ¡¡Éªªkªkª:ɪªkªª:ɪkªkªª!!.
La ni aku rasa laloq mengantuk. Patut la kat belakang pek ada notis "awas obat keras". Aku ingatkan apa yang keras tadi. Wakakkakak...
La ni aku rasa laloq mengantuk. Patut la kat belakang pek ada notis "awas obat keras". Aku ingatkan apa yang keras tadi. Wakakkakak...
Sunday, November 13, 2011
Bekalan makanan ketika demam
Tadi lepas siapkan assigment projek kat matdonat. Dan lagi singgah 7-sebelas beli bekalan makanan untuk esok. Kalau betul-betul teruk demam besok. Takdak la sampai nak kena merangkak cari makanan. Eheheheh
Sambung siapkan kerja di MatDonat
Hari ni aku lepak kat McD Sri Gombak sambung siapkan projek aku. Dah 2 jam lepak kat sini dengan laptopku tanpa cas. Tahan juga beteri ni. Sekarang tinggal lg 3 jam walaupun dah 2 jam guna adobe dreamwaver dan adobe firework. I love my Thinkpad. ;)
Saturday, November 12, 2011
Magi..megi..megi..
Hari-hari makan megi, muka pun dah macam megi. ¡¡Éªªkªkª:ɪªkªª:ɪkªkªª!!.. Dah jadi makanan ruji dah ni.
Thursday, November 10, 2011
Wednesday, November 9, 2011
Beli belah di Kedai Rakyat 1Malaysia
Tadi waktu makan tengah hari, aku sempat melawat kedai rakyat 1Malaysia. Sebab tak bawa banyak duit dan kempunan nak minum milo. Aku beli minuman koko ni. Rasa macam vico. Sedap juga.. :)
Monday, November 7, 2011
Terjumpa buku nota lama
Huh! Tadi aku selak-selak bag lama. Tiba-tiba terjumpa buka nota lama. Jadi aku baca la apa benda aku tulis. Banyak nota pasai periksa dan pelajaran masa aku ambik diploma dulu ja. Tapi yang menarik perhatian aku ni ialah nota pasai cita-cita nak beli pc. Heheh. Memang lawak. Pentium 4 2.4ghz, ram 256mb ja?? 40gb hardisk???? Hahaha. La ni orang buang ja kalau spec macam ni. Apa-apa pun baca buku ni memang mengamit kenangan betul. Sob..sob..
4 tahun tinggalkan PHP!!
Dah hampir 4 tahun aku tak betul-betul buat pengeturcaraan PHP ni. Makin tepu. Apa-apa pun terpaksa juga. Ketepikan isu keselamatan ke apa. Janji siap. Wakakkakak...
Subscribe to:
Comments (Atom)
-
Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. ...
-
Alhamdullilah....aku dapat tawaran untuk menduduki ujian fizikal bagi jawatan inspektor polis dalam PDRM. Kena mula belajar kawad kaki la mu...

