Skrin tangkap muat dari akaun Facebook aku.
Harith @ SamGalaxy
Assalammualaikum...
Hari ni aku ada beli "break pad" untuk Alza aku. Ni semua gara-gara tukar "break pad" kat Pusat Servis Perodua la ni. Berabu tu dah tentu la...yang aku sedikit kecewa bila piring disk makan lepas tukar "break pad".
Lepas aku dengar orang cerita pasal kemantapan dan kurangnya habu debu hasil dari "break pad" jenama Proride buatan Malaysia keluaran Sapura ni. Aku terus beli. Hehehe. Tapi kena pasang kat luar la. Sebab brader ni cuma jual ja.
Kalau hampa perasan, di kotak ni ada tulis untuk Proton Waja 1.6, sebenarnya sistem "break" pada Proton Waja 1.6 dengan Perodua Alza sama saja..jadi tak menjadi masaalah guna "break pad" untuk Proton Waja 1.6.
Kenapa tak beli saja kat kedai dan terus pasang?...sebab aku tak jumpa lagi kedai kereta jual jenama ni. Apa-apa pun nak tahu kemantapan kena tunggu pakai dulu la. Hehehe.
-
Harith @ SamGalaxy
Assalammualaikum...
Orang kata nak masuk tahun baru ni kena ada azam baru. Aku pulak ada kasut baru kat Alza aku...hehehehe. Bukan apa.. tayar kereta aku dah retak semacam ja. Risau pulak nak bawa jauh-jauh. Nak balik kampung bukan dekat, kedah sana nuuu...jauh baQ ang.
Tapi orang kata, alang -alang nak tukar tayar, tukar la sekali rim. Heheheh. Setelah bincang-bincang dengan Puan Linda..kami cadang nak ambil rim jenis TE37 SL warna merah. Tiruan ja. Nak beli yang tulen mau dekat 7-8 ribu agaknya la...cukup la setakat rim taiwan. Orang kata rim taiwan dah makin berkualiti sikit.
Dalam pemilihan tayar, aku pilih corak macam corak No.1 gambar tayar kat atas ni. Aku pentingkan keselamatan dan barulah keselesaan. Maklum la MPV... kadang-kadang kena bawa banyak muatan.
Apa-apa pun harap semuanya OK dan yang paling penting bertambah kacakkkk!!! ♡♡♥♡♥♡♥♡♡♥
-
Harith @ SamGalaxy