
Hari ni baru lepas tukar minyak enjin dan penapisnya. Buat sendiri ja kat rumah. Sebab minyak yang aku pakai ni takda jual kat kedai motor. Minyak pilihan kali ni adalah jenis minyak enjin diesel tahan lasak ( Heavy Duty Engine Oil ) jenama SHELL Rimula R4 dengan tiga kali perlindungan. Hihi.
Minyak ni aku rasa bagi aku adalah terbaik dan murah. Rasa macam pakai minyak sentetik penuh ( full synthetic ) tapi dengan harga murah. Jenis ni cuma harganya RM 18. Kalau yang paling murah cuma RM13 seliter. Memang berbaloi baloi. Ada banyak jenama lagi dari pengeluar terkenal macam Petronas dan BHP.
Sebenarnya minyak ni direka untuk enjin berkapasiti besar macam lori Scania, lori hantu dan teksi Toyota Crown enjin diesel tu...hahaha. Takda kesan sampingan ka? Sebenarnya minyak jenis ni dah lama mat-mat motor pakai kat motorsikal. Jarang sangat dengar ada masaalah. Aku pun baru ja pakai minyak enjin diesel ni...setakat ni Alhamdullilah... memang terbaik dan takda masaalah.
Nasihat aku...kalau nak cuba. Jangan terus beli yang 5 liternya. Beli yang 1 liter dulu. Pakai untuk beberapa hari. Kalau clutch slip tak terjadi atau masaalah lain tak terjadi. Teruskan ja pakai...kalau ya. Tukar balik minyak jenis lain..pilih pengeluar minyak enjin diesal lain. Apa yang penting bagi motorsikal 4 lejang ni...jangan kering minyak enjin ja. Kalau tidak....paham paham ja lah. Hihihi.
Berani mencuba??...😁😁
-
Harith
Sent from my microwave.