Wednesday, June 22, 2011

Kunci kebahagiaan yang paling murah ...

"Kunci kebahagiaan yang paling murah menurut para ulama dan cendikiawan adalah menjauhi hal-hal yang tidak berguna dalam hidup. Orang yang paling bernilai di mata orang berilmu adalah yang mengasihi dan dikasihi orang lain"

Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan...

Boleh dikatakan bahawa setiap orang yang mencapai kejayaan pernah jatuh bukan sekali, malah beberapa kali, tetapi, mereka ini dapat bangun semula daripada kejatuhan. Mereka tidak mengalah. Setiap kali jatuh, setiap kali juga mereka bangun semula dan terus gigih bertatih untuk lebih mantap berjalan. Biarpun banyak kali jatuh, banyak kali juga mereka perlu bangun.


Kunci kejayaan mereka ialah bukan sedalam mana mereka jatuh, tapi sekuat mana kemampuan mereka melantun dan berdiri semula pada kedudukan lebih tinggi berbanding sebelumnya.

Allah sudah menyatakan dalam Al-Quran betapa nasib seseorang itu tidak akan berubah melainkan dia sendiri berusaha mengubahnya.

Empat Perkara

“Empat perkara yang membawa kebahagiaan kepada manusia, iaitu (memiliki)
perempuan (isteri) yang solehah, rumah yang bagus (luas), jiran yang baik, dan
kenderaan yang bagus.” (Hadis riwayat Ibnu Hibban).

Monday, December 20, 2010

Generasi Muda

Generasi sekarang lebih suka menunding jari salahkan kepada generasi terdahulu akan kelacuran sekarang daripada berusaha untuk memartabatkanya semula

Thursday, October 14, 2010

Sangkaan Baik vs Sangkaan Buruk

Sangkaan Baik vs Sangkaan Buruk

Orang beribadah disangka riak
Orang yang relax disangka malas
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina)
Orang makan banyak disangka pelahap
Orang makan sikit disangka diet
Orang baik disangka buruk
Orang buruk disangka baik
Orang senyum disangka mengejek
Orang masam disangka merajuk
Orang bermuzakarah disangka mengumpat
Orang diam disangka menyendiri
Orang menawan disangka pakai susuk
Orang nampak ceria disangka membela hantu raya
Mana tahu yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Mana tahu yang senyum itu kerana bersedekah
Mana tahu yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Mana tahu yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Mana tahu yang ceria itu kerana cergas cerdasnya

Jauhi sikap suka bersangka-sangka kerana ia bakal memusnahkan ukhwah seperti musnahnya kayu dimakan api. Satu benda yang kita lihat, macam-macam kesimpulan yang boleh kita buat semuanya bergantung bagaimana kita melihatnya. MANUSIA ADALAH MAKHLUK PERSEPSI.

Salam kepada hulubalang Melayu

Salam kepada hulubalang Melayu

salam kepada hulubalang melayu
salam di bawa berhati satu
telah kami bermudik serata hulu
membawa perintah dari penghulu

serata anak buah telah bersetuju
gegar hati mereka ingin bertemu
kan laksana perintah si penghulu
penghulu kami penghulu melayu

tanah seinchi tak kan tergadai
jangan yg alpa memandai-mandai
tak gentar pun pada yang ramai
bisik perintah telah pun sampai

datang kami datang bersumpah
pertahan tanah darah tertumpah
setiap pelusuk menanti perintah
Tiada Lain melainkan kerana Allah

Jika tibanya angkatan ini nanti
yang bathil tolonglah ketepi
agar tanah bumi ini tak dinodai
yang palsu akan tetap kami perangi

Salam pesan salam ingat
anak melayu pun ada keringat
tumpang berkasih yg punya kudrat
janji kami sampai akhir hayat


Petikan - Awang Selamat

Sifat suka merendah diri dan menjaga kesopanan

Kalau kita di rantau orang, airnya diasuk, rantingnya dipatah, mandinya dihilir-hilir, duduknya dibawah-bawah. Perginya bertanya, pulangnya berberita.