Friday, November 25, 2011

Apa bakti aku kepada negara?

Jangan ditanya apa negara kita boleh buat kepada kita, tetapi tanya apa kita boleh buat kepada negara. Aku tak mampu mengankat senjata untuk mempertahankan negara, menubuhkan syarikat berjaya dan memberi banyak peluang perkerjaan atau menjulang nama negara di persada dunia. Sebagai sorang yang kedil (walaupun gemuk) jadilah dengan sedikit bakti yang mampu aku beri.

Tadi pagi aku sempat ke Pusat Darah Negara Malaysia. Buat derma darah. Kali terakhir aku derma bulan 3 tahun ni. Ni kali pertama aku derma di PDNM. Layanan terbaik dan mesra. Siap disediakan makanan dan percuma rantai kunci yang ada jenis darah. (Rantai kunci darah "O" dah habis, jadi dia bagi "B").

Ok, dah pukul 1, kena gi solat jumaat.. ;)

Wednesday, November 23, 2011

Makan malam bersama Maz

Lepas balik kerja semalam. Kami lepak-lepak makan malam di Perantau Hill Restoran & Katering di Bangi. Tak jauh dari Komplek RHB.

Tempat dia menarik, ada lukisan mural permandangan sawah padi dan gunung jerai. Aku memang yakin owner dia orang kedah. Juruwang pun cakap kedah piaw. Makanan sampai cepat dan sedap. ;)

Tuesday, November 22, 2011

Harimau Muda membaham Garuda

Yahoooooo!! Malaysia menang dengan Indonesia. Terbaeekkk!!!

Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.

Sunday, November 20, 2011

Motorku mula nak buat perangai

Aduhai motorku..dah mula nak buat perangai dah. Rod berbunyi dan clutch pun dan susah nak masuk. Semua ni pasai selalu merembat la. Thailand dan pusing Malaysia tak tau dah berapa kali dah. Mungkin dah sampai masanya nak kena servis...

Makan nasi ayam penyet di kedai misteri

Makan nasi ayam penyet di Warung Bu Lis, Belakang Taman Kamariah bersama Amir dan As.

Sarapan pagi merangkap makan tengah hari

Menjamah nasi lemak, telur goreng dan begedil di Kampung Nakhoda, Jalan Sg tua, Selayang.

Saturday, November 19, 2011

Terjumpa web lama dalam web.archive.org

Gila terkejut aku, sambil-sambil dok melayari internet. Dengan tidak sengaja terjumpa laman web lama aku. Hahaha. Memang kelakar habis la bila baca.
Godek punya godek. Rupanya web ni memang still LIVE selepas beberapa tahu dan aku sendiri pun lupa.
Syarikat hosting free tu pun dah kena beli. Hehehehe. Sekarang ni tengah cari cara nak log masuk ke akaun tu. Sudah tentu la password pun aku lupa. Banyak tahun tu beb..