Thursday, September 6, 2012

Kuasa Dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan

Lepak - lepak kat rumah sambil tak tahu nak buat apa, aku cuba habiskan masa sedikit untuk belajar berkenaan Kuasa Dan Peranan Raja-Raja Melayu Dalam Perlembagaan. Banyak - banyak perakara dalam perlembagaan ini, perkara - 41 dalam Perlembagaan Persekutuan yang betul - betul menarik perhatian aku. Patut la dikatakan Raja - Raja Melayu ni Payung Negara. Benteng terakhir kedaulatan negara.

Tak semua orang tahu pasal ni, sebab tak penah terjadi lagi sampai tahap terpaksa serah semua kuasa ke Agong terutama jadi darurat besar. Apa-apa pun kalau kita tengok dengan negara jiran kita Thailand. Raja Thai dah lebih kurang 18 kali menangani rampasan kuasa. Sebab tu perkara ni perlu kita ambil berat.

Setalah baca sedikit sebanyak ada aku boleh faham....aku dapat rumuskan sedikit jika runtuhnya sistem Insitusi Raja, maka runtuhlah Sistem Perlembagaan. Maka secara tidak langsung runtuh la keistimewaan orang melayu dan bumiputera, hak-hak bukan melayu, keistimewaan Agama Islam dan lain - lain. Maka jadilah Malaysia ni sebagai negara rupblik. Sedikit sebanyak aku mula faham peranan Raja - Raja Melayu di Malaysia ni. Memang unik dan tiada ada negara yang macam Malaysia ni. Bagi sesiapa yang menentang, protes, kritis atau menyoalkan apa fungsi raja melayu. Eloklah kaji dulu. Jangan main ikut membuta tuli. Terutamanya orang Melayu.

Dengan zaman teknologi sekarang ni, tak susah pun nak cari maklumat pasal ni. Google ja. Jangan jadi bodoh ikut telunjuk golongan-golongan yang pengkhianat negara. Jadilah cerdik wahai Melayu.

Mutiara kata dari seorang Guru  - " Besi  tak boleh potong kayu, tapi kayu boleh potong kayu". Bagi yang faham, fahamlah.

"Daulat Tuanku"

Sunday, September 2, 2012

Berkelah di Bagan Lalang, Sepang

Memang takdak kerja la. Lepas ambil hakim dari tempat kerja dia. Rasa
macam bosan lak nak melepak dalam bilik ja. Sudah la dari hari jumaat
sampai hari ni asyik melepak dalam bilik ja.

Nak dijadikan cerita. Lepas ja ambil hakim. Aku terus lajak berkemah
di Bagan Lalang. Bagan Lalang ni terletak di kawasan Sepang. Kira-kira
10 minit dari Pekan Sepang.Rasanya kawasan berkelah tepi pantai yang
paling dekat dengan Ibu Kota Kuala Lumpur. Sini ja lah. Perjalanan
mengambil masa dalam 1 jam 30 minit lebih kurang dari rumah aku di
Gombak.

Tempat ni memang banyak kemudahan. Boleh pasang kemah tepi kereta ja.
Kedai makan pun dekat. Selain tu kemudahan asas seperti tandas, surau,
kedai runcit, tapak pakir kereta dan lain-lain. Hehehe. Tak mencabar
langsung kan? Tapi untuk orang dah bekelurga dan ada anak kecil.
Sesuai la.

Hurrmm....rindu nak berkemah dalam hutan laaaa. Hehe. Eh? Dah azan
subuh?. Sedar tak sedar dah nak siang.....lepas subuh. Perkena teh
tarik syok juga. Hehehe. ;)
-
Harith @ Nokia E71

Saturday, September 1, 2012

SOP dan QSO Radio Amatur Bahasa Melayu




Sekadar ingin berkongsi. Berikut ada PDF Panduan SOP berbahasa melayu yang mesti baca sebelum menduduki peperiksaan radio amatur. Banyak info boleh diambil dari sini. Ada juga contoh soalan ujian radio amatur. Boleh cuba-cuba jawab juga. 

Kredit dan terima kasih kepada orang yang buat dokumen ni.



Operasi Buang Cat Rim Motor

Terasa lak bosan dengan warna rim sukan motor aku ni. Takdak kerja
punya hal. Habis rim sukan aku kena buang cat.

Boleh tahan susah juga. Terasa nak melecur jari dengan kaki aku bila
cecair peluntur ni terpercik kat kaki. Hahahha. Peluntur cat ni aku
beli kat kedai kayu. Harganya tin 1 liter RM17.

Lepas ni operasi cat rim lak. Aku tengah fikir apa warna yang sempoi
ni. Hehehehe.
-
Harith @ Nokia E71

Bersepah Motor

Bersepah depan Bank Rakyat Jalan Tangsi. Heheheh. Ni akibatnya ambik
selekoh time waktu jalan basah. Habis tangan dan kepala lutut
bersakat. Alhamdullilah cuma cedera ringan. Sakit kepala bahu ja yang
tak hilang lagi ni. Lain kali kena hati-hati. Tayar motor pun dah
botak dah tu. (:
-
Harith @ Nokia E71

Cubaan Kemas Kini Blog Dari Telefon Nokia

Sejak Blackberry 9300 aku hancus. Sebab jatuh motor waktu hujan tu.
Telefon ni la penganti aku untuk kemas kini blog ni. Heheh
-
Harith @ Nokia E71

Antaramuka Lama Google Blogger

Rasanya tak akhir bulan ni, Google akan tukar antaramuka Blogger kepada versi baru. Mesti aku rindu guna antaramuka lama ni. Jadi kenangan macam zaman aku buat blog guna Geocities. ;)