Sunday, June 23, 2013

Malam Minggu Bersama Isteri Tersayang

Malam ni lepas kawad komandan, aku bawa bini aku jalan-jalan ibukota Kuala Lumpur. Hehehe. Saja ja nak lepak santai sama marka aku ni. Walaupun dia la ni ketagih dengan Candy Crush Saga dia. He he he

Lama tak jalan jalan kawasan Jalan Raja Laut ni.

Sambil nak melawat kawan pejabat aku berniaga kat deretan gerai Uptown Kampung Baru di jalan Dewan Sultan Sulaiman, Kuala lumpur. Tapi nak melepak lama memang tak dapat la. Udara berjerebu, rasa tak selesa. Tak tau la berapa takat IPU kat kawasan tu. Jadi kami terus balik. 


Thursday, June 20, 2013

Keputusan Ujian Penglihatan

Semalam aku buat ujian penglihatan mata dekat BP Diagnostic Center Kajang. Hasilnya 6/6 mata kanan dan 6/7.5 mata kiri. Nampaknya mata kiri kurang sikit. Kata jururawat tu "mata abang belah kiri kureeeengg". Hahahaha.

Alhamdullilah mata aku masih cemerlang. Boleh guna untuk kebaikan dan terus berkhidmat. :-)

Monday, June 10, 2013

Bag Sandang Baru

Bag sandang baru aku, bini aku yang belikan ni. Seronoknyaaa....hehehehe
-
Harith @ CyanogenMod 10.1

Thursday, May 16, 2013

Barang aksesori Polis.

Barang - barang baru. Hehehe.

-
Harith

Saturday, April 13, 2013

Enjin Bay Macam Dah Reput

Kena buat aduan kat Perodua ni. Kenapa kereta baru 2 tahun baru, tapi enjin macam dah bertahun berkarat ni.

Dah la harga kereta nak dikurangkan. Baik PR atau BN. Mesti harga kereta aku jatuh kaw kaw. Kalau jual mesti tak boleh bayar balik hutang. Mana taknya, beli mahal nanti dah murah. Heheheh.

Kereta mau pakai lama weii...nanti kena pergi hantar buat jaminan ni. Hehehe

-
Harith @ Galaxy Tab 2

Saturday, April 6, 2013

Masak Sarapan Mee dan Kowteow Goreng ♡

Dah lama tak masak sarapan ni. Di sebabkan buah hati aku tak sihat. Hari ini aku pulak ambil alih masak untuk dia. Heheheh.

Mulakan dengan bakat terpendam aku dengan masak mee goreng ( tak jadi kembang lak sebab terlebih ayaq ) dan kowteow goreng yang awsome dan menjadi aku. Hehehe.

Alhamdullilah buah hati aku suka. Bertambah-tambah juga laaa.. hehehe ♡♡♡♡♥♡♥♥

-
Harith @ Galaxy Tab 2

Wednesday, April 3, 2013

Mencari Pengganti Google Reader


"We have just announced on the Official Google Blog that we will soon retire Google Reader (the actual date is July 1, 2013). We know Reader has a devoted following who will be very sad to see it go. We're sad too. "

Menang sedih laaa...lepas aku tahu yang Google Reader nak kena tamatkan perkhidmatan dia. Mana  taknya. Aku banyak habiskan masa dengan Google Reader ni..hahahha. Biasa la.. banyak berita nak baca. Berita Semasa,Politik, Pengetahuan AM dan macam-macam lagi lah.... hehehe. Google Reader memang syok pakai kat Samsung Galaxy Tab aku.

Macam biasa la...kena la aku cari pengganti Google Reader ni. Calon pertama aku guna The Old Reader. Macam biasa, aku susah sikit nak terima benda baru....hahahah.

-
Harith