Sunday, September 1, 2013

Malam Di Ambang Sambutan Merdeka ke 56.



Semalam, hari jumaat 30 Ogos 2013.Sehari sebelum sambutan hari kemerdekaan ke 56, adalah hari yang sibuk bagi aku.  Mana taknya..hari jumaat tu pagi - pagi macam biasa aku keluar pergi kerja hakiki aku. Banyak kerja tak.payah cerita la. Tapi dah jadi tanggungjawab orang kata. Demi sesuap nasi aku gagahi jua.
Habis kerja hakiki aku, aku tak balik terus rumah. Lepak pejabat dulu sebelum masuk kerja malam pulak. Nak lelap mata kat pejabat tak boleh - boleh. Tak tau kenapa. Walaupun ramai budak dah balik, yang ada cuma juruteknik - juruteknik bujang ja melepak melayari internet. Mata cuba aku pejam. Tapi tak boleh melelapkan mata.

Jarum jam dinding menunjukan tepat jam 7 malam. Lekas - lekas aku salin pakaian dalam bilik solat pejabat aku. Uniform biru tua aku sarung,  perutukan dibawah Akta Polis 1967 aku pakai siap sedia berjasa kepada Agama, Bangsa dan Negara. Teringat aku isteri rumah. Sebenarnya dia tak berapa sihat dan mendapat cuti sakit. Fikiran aku kembali ke rumahku. Agak-agaknya apa dia buat sekarang. Fikiran aku mengalamun lagi. Mesti suami-suami muda lain sibuk bawa isteri masing-masing bersuka ria sambut ambang merdeka malam tu. Dengar cerita ada pertunjukan bunga api di Putrajaya. Lamunan aku terhenti. Aku kena cepat ni. Kalau tidak terlambat. Waktu magrib dah nak masuk.

Lantas aku aku terus ke motosikal aku yang aku letakkan depan pejabatku. Ku hidupkan motosikalku terus ke Balai Polis. Jalan nampaknya basah...hujan mencurah curan turun tadi menyebabkan banyak lopak - lopak air di sepanjang perjalanan aku. Aku terus menunggang dengan penuh hati-hati. Setiba di balai dan lapor diri. Kerja -kerja kepolisan dituguskan dan haruslah dijalankan penuh didikasi.

Waktu hampir menunjukan jam 1 pagi. Setelah tamat waktu bertugas dan senjata diserahkan. Aku terus pulang ke rumah. Kedinginan malam pada waktu tu seolah olah seperti jarum kecil mencucuk badan aku. Hampir jam 2 baru aku tiba di rumah. Memang penat. Waktu tu menang penat. Penat tak terkira. Sampai aku tertidur atas lantai. Tak terdaya nak mengdaki katil yang seperti gunung kinabalu tingginya. Isteri mengejutkan aku dari terlelap. "Abang..bangun!! Mandi dan tidur atas"...tersentak aku dari tidur nyenyak. Aku gagahkan diri mandi. Terlintas dalam kepala aku. Janji aku dengan isteriku yang aku nak bawa dia ke dataran merdeka pagi ini. Cepat - cepat aku bersihkan diri terus tidur. Kan besok aku terbabas lak sampai tengah hari.........

Selamat Menyambut Ulang Tahun Kemerdekaan ke 56.


Zzz..zz.z..zzz.z.z..krohh..krooh..

-
Harith @ SamGalaxy

Sunday, August 25, 2013

Polis, Penjenayah dan Orang Awam

Penah dak masa kita drive tiba - tiba ada kereta depan lap! lap! bagi lampu yang memberi isyarat kepada pengguna kenderaan yang bakal melalui sekatan polis (SJR)..kononya atas sifat tolong menolong. Suruh pengguna bersiap sedia, pakai tali pinggang kalader atau sebagainya.

Sedaq atau dak...mungkin ada penjenayah yang dikehendaki pun sedar dan cabut lari. Lagi - lagi waktu sekarang ni jenayah semakin menjadi - jadi.

Penahkan hampa fikir. Kalau penjenayah tu ada kes seksyen 302KK tuduhan membunuh. Hampa boleh dikenakan tuduhan atas seksyen 302KK bersama 34KK..tuduhan membunuh dan bersubahat...huhuhu.

Kita sering tanya, apa jasa dan pemberian orang kepada kita....tetapi penah kita tanya, apakah jasa kita masyarakat? Kalau kita tak mampu mengankat senjata atau sebagainya. Jadilah kita tolong polis kita memerangi jenayah dengan salurkan apa2 maklumat yg ada. Paling mudah mesej ja kat fesbuk PDRM atau paling  baik terus ke Balai Polis terdekat.

Mai kita mainkan peranan kita. Demi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara yang aman damai ini.

P/s: Semangat hari kemerdekaan membuak2 lak. Hehehe

-
Harith @ SamGalaxy

Thursday, August 22, 2013

Kemaskini Pengetahuan Anda Mengenai Akta - Akta Di Malaysia

Kat Malaysia ni, boleh dikatakan selalu ada sahaja akta-akta baru atau pindaan akta sedia ada yang diperkenalkan. Memang susah nak ikut perkembangan apa yang telah diubah atau ditambah. Kat sini aku nak perkenalkan satu laman web himpunan akta-akta dari lama hingga terbaru. Harap kepada sesiapa terutamanya rakyat Malaysia dapat menafaat dari laman ini. ;)

Aku Bukan Mat Rempit

Disini aku nak nyatakan aku bukan mat rempit. Hehehehe....

Tuesday, July 9, 2013

Terima Kasih Wahai Isteri Ku

Tiada apa lebih berharga bagi seorang suami kecuali pergorbanan
isteri. Macam tu la ayatnya. He he he. Terima kasih abang ucapkan
kerana faham dan beri sokongan penuh dengan minat abang. Berat juga
kaki melangkah meninggalkan sayang di rumah. Demi tanggungjawab abang
gagahkan juga. Doakan abang selamat pergi dan balik.Terima kasih
sayang. ;-)

-
Harith @ Nokia Phone

Saturday, July 6, 2013

Perjalanan Budak Belemoih ( Nukilan 1 )

Assalammualaikum,

Sedar tak sedar dah masuk 14 tahun lepas aku keluar dari rumah menuntut ilmu, masuk ke alam pekerjaan dan alam berumah tangga. Banyak pengalaman yang aku dapat. Lama juga tu, sejak tahun 1999.

Sejak dari tu, memang aku jarang balik kampung, bukan apa. Balik pun masa cuti sekolah sahaja kalau waktu aku tingkatan 4 dan 5. Sebab waktu tu aku belajar di Sekolah Menangah Teknik Langkawi. Hehehe. Terus terang aku cakap, aku ni jenis penakut sikit dan selalu kena buli. Kalau cerita bab macam mana kena buli dan menagis tu tak payah cerita la. Buat malu ja. Hahahaha. Apa - apa pun tu cerita zaman aku budak - budak mentah yang manja. Hahahaha. Sejak aku melangkah ke alam sekolah menengah kat langkawi ni, aku nak mencuba benda baru yang kononya boleh jadikan aku seorang yang berani dah berpendirian. Hahaha. Maklum la, sekolah kat langkawi ni jauh dari kampung aku di Pendang. Kena lah berdikari dan belajar campur dengan orang lain. Kah kah kah.

Seminggu pertama aku di sekolah ni, aku kenal beberapa orang kawan waktu tu, antaranya Adlizam Azmi, Din Jarang dan Choi Bukit Tembaga. Waktu ni juga kecoh sakan budak budak nak cari aktiviti kokorikulum nak masuk. Ada yang masuk Pengakap, Kedet Bomba dan macam - macamlah. Aku dah lupa apa lagi. Jadi tak terkecuali rakan - rakan aku masa ni juga sibuk nak pilih mana yang mereka suka. Tak tau macam mana depa ni macam sepakat lak nak masuk dan belajar silat kat sekolah tu. Sebab persatuan silat dalam sekolah ni dah di wartakan sebagai salah satu akviti kokorikulum. Mula - mula aku teragak agak juga nak masuk atau tak. Sebab ikut kawan punya pasal aku masuk juga. Antara yang beriya-iya ajak aku ialah Adlizam ni. Anak jati langkawi. Hehehe. Dalam hati aku ni lah masanya nak pupuk diri jadi berani dan berpendirian. Kah kah kah....  Akhirnya aku pun masuk daftar sebagai ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, kelas SM Teknik Langkawi. Jurulatih masa tu Pak Rod atau nama sebenarnya Ahmad Rodzri ( kalau tak silap) ketua warden masa tu. Cengei ni woo.

Bersambung ....

-
Harith @ GTab2

Friday, June 28, 2013

Jalan - Jalan Cari Pembekal Kain

Minggu lepas aku bawa la kawan linda dengan linda ushar cari pembekal kain dari vietnam. Dengar cerita kain sini memang tak jumpa kalai cari sendiri kat sana.

Sampai ja sini, aduhh...rambang mata la mak long sorang ni. Hehehe. Terasa juga nak ambil sikit nak cuba jual. Hehehe.

-
Harith @ GTab2