Adik aku ada temuduga polis bantuan besok. Kasut aku lak kena bantai. IPK bagi tuu.... aku pun tak pakai lagi....huhuhuh!!
-
Harith @ SamGalaxy
Adik aku ada temuduga polis bantuan besok. Kasut aku lak kena bantai. IPK bagi tuu.... aku pun tak pakai lagi....huhuhuh!!
-
Harith @ SamGalaxy
Penah dak masa kita drive tiba - tiba ada kereta depan lap! lap! bagi lampu yang memberi isyarat kepada pengguna kenderaan yang bakal melalui sekatan polis (SJR)..kononya atas sifat tolong menolong. Suruh pengguna bersiap sedia, pakai tali pinggang kalader atau sebagainya.
Sedaq atau dak...mungkin ada penjenayah yang dikehendaki pun sedar dan cabut lari. Lagi - lagi waktu sekarang ni jenayah semakin menjadi - jadi.
Penahkan hampa fikir. Kalau penjenayah tu ada kes seksyen 302KK tuduhan membunuh. Hampa boleh dikenakan tuduhan atas seksyen 302KK bersama 34KK..tuduhan membunuh dan bersubahat...huhuhu.
Kita sering tanya, apa jasa dan pemberian orang kepada kita....tetapi penah kita tanya, apakah jasa kita masyarakat? Kalau kita tak mampu mengankat senjata atau sebagainya. Jadilah kita tolong polis kita memerangi jenayah dengan salurkan apa2 maklumat yg ada. Paling mudah mesej ja kat fesbuk PDRM atau paling baik terus ke Balai Polis terdekat.
Mai kita mainkan peranan kita. Demi mendaulatkan Agama, Bangsa dan Negara yang aman damai ini.
P/s: Semangat hari kemerdekaan membuak2 lak. Hehehe
-
Harith @ SamGalaxy
Assalammualaikum,
Sedar tak sedar dah masuk 14 tahun lepas aku keluar dari rumah menuntut ilmu, masuk ke alam pekerjaan dan alam berumah tangga. Banyak pengalaman yang aku dapat. Lama juga tu, sejak tahun 1999.
Sejak dari tu, memang aku jarang balik kampung, bukan apa. Balik pun masa cuti sekolah sahaja kalau waktu aku tingkatan 4 dan 5. Sebab waktu tu aku belajar di Sekolah Menangah Teknik Langkawi. Hehehe. Terus terang aku cakap, aku ni jenis penakut sikit dan selalu kena buli. Kalau cerita bab macam mana kena buli dan menagis tu tak payah cerita la. Buat malu ja. Hahahaha. Apa - apa pun tu cerita zaman aku budak - budak mentah yang manja. Hahahaha. Sejak aku melangkah ke alam sekolah menengah kat langkawi ni, aku nak mencuba benda baru yang kononya boleh jadikan aku seorang yang berani dah berpendirian. Hahaha. Maklum la, sekolah kat langkawi ni jauh dari kampung aku di Pendang. Kena lah berdikari dan belajar campur dengan orang lain. Kah kah kah.
Seminggu pertama aku di sekolah ni, aku kenal beberapa orang kawan waktu tu, antaranya Adlizam Azmi, Din Jarang dan Choi Bukit Tembaga. Waktu ni juga kecoh sakan budak budak nak cari aktiviti kokorikulum nak masuk. Ada yang masuk Pengakap, Kedet Bomba dan macam - macamlah. Aku dah lupa apa lagi. Jadi tak terkecuali rakan - rakan aku masa ni juga sibuk nak pilih mana yang mereka suka. Tak tau macam mana depa ni macam sepakat lak nak masuk dan belajar silat kat sekolah tu. Sebab persatuan silat dalam sekolah ni dah di wartakan sebagai salah satu akviti kokorikulum. Mula - mula aku teragak agak juga nak masuk atau tak. Sebab ikut kawan punya pasal aku masuk juga. Antara yang beriya-iya ajak aku ialah Adlizam ni. Anak jati langkawi. Hehehe. Dalam hati aku ni lah masanya nak pupuk diri jadi berani dan berpendirian. Kah kah kah.... Akhirnya aku pun masuk daftar sebagai ahli Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia, kelas SM Teknik Langkawi. Jurulatih masa tu Pak Rod atau nama sebenarnya Ahmad Rodzri ( kalau tak silap) ketua warden masa tu. Cengei ni woo.
Bersambung ....
-
Harith @ GTab2