Assalammualaikum...
Harith @ SamGalaxy
Kali pertama aku masak stew daging. Hahahah. Nak kata sedap ka dak pun tak tau. Mungkin tekak aku tak boleh terima sangat ko masakan macam ni. Hehehe. Apa-apa pun tetap lincin.
-
Harith @ SamGalaxy
Lama dah tak menembak M16. Hahaha. Walaupun masih dapat mata keseluruhan atas 100, iaitu kelas 1. Tapi kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain jauh juga ketinggalan. Huh....apa-apa masih seronok dapat menembak dengan rakan-rakan dan kenalan baru dari berbagai-bagai cawangan dan balai lain.
Lepas habis ujian M16. Layan HK11 lak satu mag... Hehehe. ☆☆☆☆☆
-
Harith
Fuhh fuhh...hari ni aku melawat pameran Angkatan Tentera Malaysia. Sambil lepak - lepak santai pusing booth yang ada. Ada satu booth yang menarik perhatian aku. Depa bagi peluang kat aku nak rasa macam mana kena teser gun. Hehehe. Sebab aku tak penah kena dan tak tahu rasa macam mana. Aku ambil la peluang nak rasa.
Kebetulan masa nak ada 2 orang anggota PDRM (aku rasa dan yakin...walaupun dia pakai preman). Bertiga la kami dok berangkai. Aku paling kanan....heheh. Anggota ATM tu kira 1 2 3 ... breeeezzz!!!! .... mengeletar kejang kami. Hahahahah. Tapi masing - masing muka cool ja. Hensem dan bergaya..Tu baru 3 saat. Kalau 5 saat mau terbaring lentok kat situ.
Tak sakit.. best juga. Tak boleh nak kawal badan...semua otot kejang. Tak tau macam mana nak cakap.
Kesimpulan aku buat, otak menghantar isyarat elektrik kecil ikut tulang belakang melalui saraf -saraf ke otot untuk melakukan kerja yang diarahkan. Secara asasnya, elektrik yang disalurkan dari teser gun tu memasuki sistem saraf dan menghantar arahan berceramuk dan kucar kacir dalam bentuk elektrik dan meyebabkan otot-otot kejang dan serabut milo. Hahahaahah. Kalau salah tolong betulkan...
Macam mana rasa nya? Kena la cuba...
-
Harith @ SamGalaxy