Wednesday, November 6, 2013

Orang Melayu Cocos

Baru aku tahu ada masyarakat melayu di kepulauan Cocos dalam kawasan Australia. Lebih kurang 80 peratus penduduk di Kepulauan ni merupakan Sunnah Waljamaah. Hebat betul orang melayu ni.... ;)

Wednesday, October 30, 2013

Jenis - jenis Amalan Khurafat Orang Melayu

Diantara jenis-jenis amalan khurafat orang Melayu adalah seprti berikut;
1. Anggapan sial atau membawa malapetaka kepada seseorang ataupun masyarakat dengan kehadirannya dan amalan buang sial: tepung tawar, Lenggang perut, Mandi bunga/Sintok limau dan Mandi Safar.
Islam menganggap setiap orang itu ada qadar baiknya dan ada qadar buruknya dan sama sekali tidak ada kesialan pada diri seseorang. Begitu juga cara untuk menghindari sesuatu musibah adalah memohon kepada Allah yang menciptakan segala-galanya bukannya dengan amalan-amalan buang sial.
2. Kepercayaan kepada hantu dengan alasan untuk tinggal selamat di suatu tempat atau memberi makan kepada hantu peliharaannya ataupun konon-kononnya untuk membayar niat tertentu.
Sesungguhnya Islam dengan aqidah dan tauhid yang amat kental mengajak manusia agar beriktikad bahawa segala sesuatu yang memberi bekas adalah Allah SWT saja yang tidak ada sekutu dengannya. Oleh itu tidak perlu menjamu kepada sesiapa kerana segalanya adalah makhluk ciptaan Allah SWT yang amat lemah.
3. Ilmu seru gerak yang kebiasaannya diamalkan oleh kumpulan silat yang mengamalkan jurus kebatinan.
Islam itu lengkap dan amat sempurna dari unsur-unsur luar yang bercadang untuk menyempurnakan Islam. Ilmu mempertahankan diri adalah amat baik dan Islam amat menggalakkan umatnya mempersiapkan kelengkapan dan segala kekuatan bagi mempertahankan kesucian Islam tetapi bukan dengan sesuatu yang tidak ada asalnya dari Islam seperti : ilmu seru gerak dan jurus kebatinan.
4. Jampi serapah yang ada unsur-unsur syirik atau menghina Islam atau tidak difahami maksudnya.
Para ulama berbeza pendapat dalam masalah membaca jampi serapah yang bukan bersumber dari al-Qur'an dan hadits kepada beberapa pandangan. Sebahagian mereka tidak mengharuskan sama sekali sebarang jenis bacaan jampi jika bukan dari al-Qur'an mahupun hadits. Tetapi sebahagian yang lain mengharuskan dengan syarat difahami maknanya dan tidak ada unsur-unsur yang dilarang dalam agama di dalam bacaan jampi tersebut. Seperti : seruan kepada sesuatu, menghina Allah, Nabi Muhammad SAW, ajaran Islam, memohon sesuatu kepada selain Allah SWT, termasuk meminta keapad batu atau kayu dan sebagainya.
5. Mempercayai percakapan, ramalan dan tilikan dukun samada terhadap perkara yang telah lalu atau di masa akan datang.
Sebahagian daripada perkara yang haram, berdosa besar bahkan syirik di dalam Islam ialah mempercayai tilikan dukun.

Monday, October 21, 2013

Stew Daging Korban

Kali pertama aku masak stew daging. Hahahah. Nak kata sedap ka dak pun tak tau. Mungkin tekak aku tak boleh terima sangat ko masakan macam ni. Hehehe. Apa-apa pun tetap lincin.

-
Harith @ SamGalaxy

Wednesday, October 9, 2013

Pon! Pon! Muatan Berat

Tabung aku dah penuh. Nak bawa pi Bank pun segan juga ni. Heheheh.

-
Harith @ SamGalaxy

Saturday, September 28, 2013

Latihan / Ujian Menembak M16-A1

Lama dah tak menembak M16. Hahaha. Walaupun masih dapat mata keseluruhan atas 100, iaitu kelas 1. Tapi kalau dibandingkan dengan rakan-rakan lain jauh juga ketinggalan. Huh....apa-apa masih seronok dapat menembak dengan rakan-rakan dan kenalan baru dari berbagai-bagai cawangan dan balai lain.

Lepas habis ujian M16. Layan HK11 lak satu mag... Hehehe. ☆☆☆☆☆

-
Harith

Sunday, September 22, 2013

Stun Gun

Fuhh fuhh...hari ni aku melawat pameran Angkatan Tentera Malaysia. Sambil lepak - lepak santai pusing booth yang ada. Ada satu booth yang menarik perhatian aku. Depa bagi peluang kat aku nak rasa macam mana kena teser gun. Hehehe. Sebab aku tak penah kena dan tak tahu rasa macam mana. Aku ambil la peluang nak rasa.

Kebetulan masa nak ada 2 orang anggota PDRM (aku rasa dan yakin...walaupun dia pakai preman). Bertiga la kami dok berangkai. Aku paling kanan....heheh. Anggota ATM tu kira 1 2 3 ... breeeezzz!!!! .... mengeletar kejang kami. Hahahahah. Tapi masing - masing muka cool ja. Hensem dan bergaya..Tu baru 3 saat. Kalau 5 saat mau terbaring lentok kat situ.

Tak sakit.. best juga. Tak boleh nak kawal badan...semua otot kejang. Tak tau macam mana nak cakap.

Kesimpulan aku buat, otak menghantar isyarat elektrik kecil ikut tulang belakang melalui saraf -saraf ke otot untuk melakukan kerja yang diarahkan. Secara asasnya, elektrik yang disalurkan dari teser gun tu memasuki sistem saraf dan menghantar arahan berceramuk dan kucar kacir dalam bentuk elektrik dan meyebabkan otot-otot kejang dan serabut milo. Hahahaahah. Kalau salah tolong betulkan...

Macam mana rasa nya? Kena la cuba...

-
Harith @ SamGalaxy

Wednesday, September 11, 2013

Adik Aku Ada Temuduga Polis Bantuan

Adik aku ada temuduga polis bantuan besok. Kasut aku lak kena bantai. IPK bagi tuu.... aku pun tak pakai lagi....huhuhuh!!

-
Harith @ SamGalaxy