Monday, February 3, 2014

Selesai Naik Taraf Ke Andriod 4.4.2

Berjaya juga naik taraf dari Andriod 4.2.2 ke 4.4.2. Penat aku flash dua tiga kali, asyik keluar error return code 2 ja....rupanya kena naik taraf Bootloader dulu. Hehehe.

Apa-apa pun versi baru ni memang terbaik dan ringan. Sesuai dengan peranti Samsung Galaxy Tab 2 yang dikuasi 1GHz CPU dan 1GB RAM ni. Terbaik!!!!

Saturday, February 1, 2014

Dam Ular

Lama tak main dam ular. Tadi lepas beli barang rumah, aku beli sekali dam ular. Harga pun RM1 ja. Heheh. Main dengan bini aku dan aku kalah. Hahaha. Cis!! ♡♡♡♡

Friday, January 17, 2014

Basuh Yamaha 135LC Aku

Wei. Lama betul aku tak basuh motor, sampai naik berketul-ketul minyak. Rasanya hampir 1 tahun. Hahaha. ☆☆☆☆☆

Tuesday, January 14, 2014

Casio G-shock DW-5600MS "The Men In Rusty Black"

Assalammualaikum...

Pejam celik..pejam celik dah nak masuk 5 tahun aku pakai jam ni. Sebenarnya ni jam ke dua aku beli. Yang pertama casio juga. Tapi jenis Casio tali besi. Aku tak pasti lak model apa. Jam tu ada dengan adik aku la ni. Tak tau la apa nasib dengan jam tu. Huhuhu...

Model jam aku ni adalah Casio G-shock DW-5600MS. Model jam edisi terhad yang dikeluarkan inspirasi tentera.

Sedikit petikan aku ambil dari laman web Casio International.

---------
The new military inspired series represents some of the very best of the tough and durable designs from the G-Shock ORIGIN and MASTER OF G line-ups. Featuring a stealth, matte black finish to the band and case including the watch buttons that are ion plated to a black finish.
----------

Sedikit aku nak kongsi pasal pengalaman dan permerhatian aku dengan jam Casio G-Shock ni. Kalau hampa perasan, kat plat belakang badan jam ni, ada tulis "St.Steel Made in Thailand". Maknanya plat besi belakang tu dibuat di Thailand. Bukanya jam ni keseluruhan dibuat dari sana. Kalau tak silap aku, aku penah jumpa jam kawan aku yang plat belakang dibuat di China dan ada dari Jepun (Jam model lama ja dapat jumpa) kualitinya memang tak dapat dibezakan. Tapi kalau tali jam dan termasuk badan luar ( bukan badan enjin jam ) dibuat di Jepun macam jam aku kualitinya boleh dibezakan dengan dibuat di China. Kualiti getah dari Jepun lebih baik dan nampak lebih berkualiti. Kalau negara lain aku tak pasti pulak. Setakat ni jumpa dari Jepun dan China saja. Kalau bab enjin aku tak pasti macam mana nak periksa. Tapi aku harap enjin dalam tu dari yang berkualiti juga. Huhuhu.

Apa-apa pun berhati-hati kalau nak beli jam ni. Takut kena tiruan. Kalau beli kat pasar malam lain cerita. Beli pun sebab warna cantik ja. Hehehe..

Cerita punya cerita, tujuan aku buat pos ni sebab aku nak cerita yang aku tukar bateri baru. Dah 5 tahun berkhidmat tanpa gagal dengan aku. Bateri asal jam ni perlu diganti. Aku pi hantar kedai jam yang aku rasa boleh di percayai di Cheras. Tukar bateri yang elok dan bagus. Kena pow RM 25. Kopakk!!. Tapi yang penting jam dan aku sentiasa kacak. Wahahahaha!!! ♡♡♡♡

Hurmm..teringat jam Sekio 5 Automatik aku dalam laci meja solek bini aku. Tak tau la apa nasib dia. :(

-
Harith @ SamGalaxy

Friday, December 27, 2013

Doa, Iktiaq, Usaha Dan Tawakal


Skrin tangkap muat dari akaun Facebook aku.
-
Harith @ SamGalaxy

Thursday, December 26, 2013

Alza Aku Kuat Makan Minyak Sikit Tetapi Mantap

Assalammualaikum...
Minggu lepas aku tukar rim sukan dengan tayar baru. Hehehe. Boleh tengok nukilan yang lepas. Sedikit aku nak kongsi tentang minyak kereta ni lepas tukar dari tayar asal kilang saiz 185/55/R15 R16 dengan rim sukan asal Perodua Alza kepada rim replika TE37 SL dengan tayar saiz 204/45/R15 R16 
Sebelum ni kalau berpandukan sistem kereta ni tunjuk 7.5 liter bagi setiap 100KM secara anggaran dan sekarang 7.6 liter setiap 100KM secara puratanya. Maknanya minyak lebih 100 ml lebih dari biasa. Tetapi minyak ni akan naik sikit kepasa 7.7 liter setiap 100KM bila melalui jalan-jalan bandar. Mungkin sebab banyak kali perlahan dan berhenti di lampu isyarat. Apa-apa pun begantung dengan cara permanduan juga. Kalau bawa asyik tekan ja..tak tahu la.
Kalau hampa nak tahu, merujuk majalah ( gambar kat atas ni) Jepun yang aku cedok dari internet ni. Berikut tayar yang sesuai untuk Peroda Alza. Heheh...
Itu mungkin kelemahan pakai tayar lebar dan besar sikit. Tapi ada juga kelebihanya, apa aku rasa dan isteri aku rasa bila pandu guna tayar ni, terasa kemantapan bila mengambil selekoh dan kendalian terasa lebih tegap. Selain tu kuasa "pickup" terasa kurang sikit, maklum la...enjin 1500 cc ja. Hehe. Tapi secara keseluruhan mantap dan terbaik. Tak rugi mencuba. Habis bunga mungkin cuba saiz lain pulak. Hehe. Banyak duit aku... ☆☆☆☆☆
-
Harith @ SamGalaxy

Tuesday, December 24, 2013

"Break Pad" untuk Alza

Assalammualaikum...

Hari ni aku ada beli "break pad" untuk Alza aku. Ni semua gara-gara tukar "break pad" kat Pusat Servis Perodua la ni. Berabu tu dah tentu la...yang aku sedikit kecewa bila piring disk makan lepas tukar "break pad".

Lepas aku dengar orang cerita pasal kemantapan dan kurangnya habu debu hasil dari "break pad" jenama Proride buatan Malaysia keluaran Sapura ni. Aku terus beli. Hehehe. Tapi kena pasang kat luar la. Sebab brader ni cuma jual ja.

Kalau hampa perasan, di kotak ni ada tulis untuk Proton Waja 1.6, sebenarnya sistem "break" pada Proton Waja 1.6 dengan Perodua Alza sama saja..jadi tak menjadi masaalah guna "break pad" untuk Proton Waja 1.6.

Kenapa tak beli saja kat kedai dan terus pasang?...sebab aku tak jumpa  lagi kedai kereta jual jenama ni. Apa-apa pun nak tahu kemantapan kena tunggu pakai dulu la. Hehehe.

-
Harith @ SamGalaxy